View: 16061|Reply: 0
|
[Kedah]
Mahkamah tangguh pendakwaan lelaki Nepal cuba culik budak
[Copy link]
|
|
RAJARAM Sahani (tengah) dikawal anggota polis yang membawanya ke mahkamah bagi berdepan pertuduhan cuba menculik kanak-kanak di Mahkamah Gurun.
GURUN: Mahkamah Majistret di sini hari ini, terpaksa menangguhkan kes lelaki warga Nepal yang didakwa melakukan cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan pada minggu lalu.
Majistret Anis Suraya Ahmad memutuskan demikian selepas tertuduh, Rajaram Sahani, 36 memaklumkan tidak memahami pertuduhan yang dibacakan kepadanya dalam bahasa Melayu selain turut tidak memahami bahasa Inggeris.
Pertuduhan terhadapnya sebelum itu telah dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Azmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Anis Suraya kemudiannya menetapkan 20 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi tujuan penyediaan khidmat jurubahasa Nepal.
Terdahulu, tertuduh sepatutnya didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.
Akhbar ini sebelum ini melaporkan, tindakan seorang lelaki warga Nepal melarikan seorang kanak-kanak perempuan sambil mengacukan pisau pada leher memakan diri apabila dia berjaya ditahan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.
Kejadian pada pukul 7.20 pagi berlaku semasa bapa mangsa mahu mengambil tempahan roti canai di sebuah kedai di Pekan Jeniang, dekat sini, sementara anaknya ditinggalkan di atas motosikal yang berjarak kira-kira enam meter dari kedai itu.
Difahamkan suspek yang merupakan seorang pekerja kilang di Sungai Lalang didapati telah melarikan diri daripada majikannya dan bertindak demikian kerana terlalu tertekan dengan hidup selain berada dalam keadaan kelaparan kerana sudah beberapa hari tidak makan. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... l-cuba-culik-budak/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|