CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13207|Reply: 9

[Politik] 'Jangan kecewa atas kekalahan UMNO, perjuangan kita belum selesai...' - Asyraf Wajdi

[Copy link]
Post time 3-12-2023 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Ahli UMNO diingatkan tidak kecewa dengan kekalahan parti itu kepada PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Terengganu, yang berlangsung hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata parti itu perlu terus membina kembali kekuatan, kepercayaan dan keyakinan bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai demi Islam, bangsa serta negara.

Beliau berkata, dengan selesainya PRK itu, Kerajaan Perpaduan kini boleh memfokuskan kepada segala usaha membela kebajikan rakyat dan memacu kembali ekonomi negara.

"Kalah menang bukan alasannya, ada kala menang dan ada kala kalah. Ketika menang jangan angkuh dan ketika kalah jangan kecewa.

"Buat semua pengundi setia Barisan Nasional (BN), terima kasih banyak kerana masih meyakini perjuangan ini.

"Buat seluruh jentera BN seluruh negara yang bertungkus lumus di Kemaman selama lebih 14 hari, sekalung penghargaan setingginya atas usaha dan ikhtiar," katanya melalui muat naik di Facebooknya, malam ini.

PAS mengekalkan penguasaan di Parlimen Kemaman apabila calonnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti lebih 33,000 hasil kiraan 223 daripada 249 keseluruhan peti undi bagi PRK itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga jam 8.30 malam tadi, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu mendahului dengan majoriti 33,280 undi selepas 83,866 undi dikira.

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata, kemenangan itu bermakna Perikatan Nasional (PN) kekal mempertahankan 69 kerusi Parlimen ketika ini, manakala Kerajaan Perpaduan kekal didokong 152 ahli Parlimen.

"Tahniah PAS atas kemenangan besar di Parlimen Kemaman. Tiada apa-apa perubahan kepada Kerajaan Perpaduan.

"Sekarang boleh fokus segala usaha membela kebajikan rakyat dan memacu kembali ekonomi negara," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/1184485/jangan-kecewa-atas-kekalahan-umno-perjuangan-kita-belum-selesai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2023 06:51 AM | Show all posts
perjuangan umno dah selesai bila kalah hari tu...

buanglah jika ada fikiran umno masih hebat spt dulu. umno kehilangan sokongan kerana mengkhianati rakyat dan dah tak menarik hati mereka buat masa ini.

umno jika cuba untuk menarik sokongan rakyat semula yang paling berkesan adalah dengan rakyat mengalami pemerintahan dari umno dan masa itu mereka mengalami pemerintahan yang berbeza...dengan itu kepercayaan itu boleh timbul semula...satu lagi punca kebencian juga mesti diselesaikan dalam umno...

selain dari jalan itu kepercayaan ramai rakyat kepada umno dah lama berkubur
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Acap ni x kena plk caj 3r sbb suka suki tafsir Quran masa kempen ritu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
La bkn da selesai ke perjuangan umno? Kes mahkamah presiden umno da gugur kan. Selesai dah tu. perjuangan umno == perjuangan presiden
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 10:47 PM | Show all posts
sembang laa ko acap...bertanding parlimen tak pernah menang
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
3 PRU berturut-turut kalah. Bertanding kubu kuat pun kalah.
Hasil jadi penyokong kuat Presiden dapatlah pegang jawatan.
Ada hati nak bercakap ttg kecewa & perjuangan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2023 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
ragnarox replied at 4-12-2023 10:47 PM
sembang laa ko acap...bertanding parlimen tak pernah menang

ohh x menang ke, knp dia ckp byk
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Umno dh terpesong sibuk jilat dap smpi lupa najib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat perangai buruk UMNO.... Semasa lemah datang rapat nak berkawan dengan PAS.... Sebaik sahaja terasa dah kuat, mula buat perangai abang besar membuli PAS...

Sekarang padan muka kau... Tarap kain lap kaki DAP aje UMNO sekarang.... Itu pun perangai bodoh sombong bongkaknya masih menebal.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 08:01 AM | Show all posts
Edited by Simunggu at 5-12-2023 08:05 AM

UMNO kena tendang sbb lemah dgn org sabah & sarawak...sekarang org sabah & sarawak mau merdeka..apa malaya boleh buat?
asyik asyik org malaya ja datang sini mcm org pandai ajar ajar org local mcm mana mau buat kerja...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.684881 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list