CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4499|Reply: 0

[Terengganu] Menteri arah siasat jurang harga ikan di bandar, luar bandar

[Copy link]
Post time 30-11-2023 02:08 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu melihat hasil nelayan pada program santai Madani bersama nelayan di LKIM Kampung Kuala Kemaman. - Foto NSTP/Rohanis Shukri

CHUKAI: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) mengatasi jurang harga ikan di kawasan luar bandar dan bandar.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata isu orang tengah masih berleluasa dan disebabkan itu berlakunya jurang yang sangat ketara berkaitan harga bahan basah itu.

Beliau turut menegaskan walaupun harga ikan dapat dikurangkan kelak, nelayan seharusnya mendapat harga yang setimpal dengan hasil laut ditangkap.

"Apa yang saya lihat tadi, harga ikan kerisi di sini dijual RM10 untuk tiga kilogram, berbanding di kawasan bandar contohnya di Pasar Taman Tun Dr Ismail harga yang dijual adalah sekitar RM12 untuk satu kilogram ikan berkenaan.



"Ertinya di sini peranan orang tengah masih lagi kuat. Jadi kita harap LKIM dan NEKMAT dapat memainkan peranan masing-masing bagaimana nak buat supaya harga di sini setimpal dengan dijual pada pengguna di bandar.

"Mungkin pihak berkaitan boleh bincang, sama ada sediakan lori untuk penghantaran di kawasan bandar dan jika ada keperluan pengangkutan dan penambahan peruntukan, saya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan," katanya selepas mengadakan Program Santai bersama nelayan, di LKIM Kemaman, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata pihak berkaitan juga perlu adil dan tidak memberi tekanan kepada nelayan hanya semata-mata untuk mendapatkan harga murah.

"Apa yang berlaku kini, nelayan merungut tak dapat harga setimpal dengan apa yang dijual di bandar, manakala pengguna di bandar pula merungut dengan harga yang naik dengan ketara.

"Jadi kita perlu lihat perkara ini, bagaimana untuk selesaikannya tanpa menekan sesiapa," katanya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai masalah nelayan, Mohamad berkata sebanyak RM10 juta diperuntukkan oleh kementeriannya bagi membaik pulih 500 perumahan nelayan yang kini semakin daif.

"Kalau kita lihat kepada perkampungan nelayan kita dapat rasakan ekonomi mereka di tahap yang agak rendah.

"Bila kita lihat kepada rumah mereka, sama ada rumah itu dibuat secara bersendirian atau pun dibeli kita nampak ia memerlukan penambahbaikan.

"Sebab itu kita peruntukan untuk membaiki rumah nelayan sebanyak RM10 juta, namun sebenarnya bagi saya jumlah itu masih belum mencukupi tetapi buat masa ini, kita melihat mana yang perlu didahulukan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -bandar-luar-bandar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.052319 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list