PETALING JAYA – Syirik, orang Islam tidak boleh menggunakan sihir untuk melawan musuh Islam.
Jelas Pensyarah Fiqh Fatwa Semasa di Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohd. Izhar Ariff Mohd, kemudaratan itu tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lain.
Perkara tersebut dikongsikan beliau melalui hantarannya di Facebook ketika beliau sedang memberi ceramah di Surau Putra Al-Amin.
Gambar Hiasan
“Pendatang yahudi membunuh orang Islam dan kemudian kita orang Islam pula mahu membunuh mereka (pendatang yahudi) dengan cara menghantar sihir.
“Sihir itu syirik dan tindakan untuk melawan musuh Islam dengan kesyirikan itu membuatkan kita mati kafir,” katanya.
Tambahnya, cara terbaik untuk melawan pendatang yahudi (Zionis) ialah melawan dengan ilmu dan benda yang boleh membuatkan mereka gentar.
“Ini masjid pun tak datang, nak lawan yahudi, pakai sihir pula tu,” selorohnya. –CARI
mengarut laa
sharon koma sebab sihir orang islam
ini semua teori2 syiok sendiri
yang mati tersiksa ni,
yang koma lama, penyakit bertahun2,
terlantar kena sihir, kena zalim dengan org, dan mati ngeri
ada 2 sebab jer
satu, sebagai kifarah, bersihkan dosa sebelum di tarik nyawa
insya Allah si mati roh nya bersih, boleh masuk sorga
dua, utk di ganyang roh nya oleh malaikat maut sebelum di tarik nyawa
ini special treatment untuk manosia2 kejam macam ariel sharon
8 tahun koma lepas kena stroke
Post time 1-12-2023 01:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Jenis tahu pakai dan berkawan dengan jin, syaitan, bunian tu haram tapi di mulut ucap dengan izin Allah etc. Mulut kutuk syirik, tapi perbuatan sokong orang buat benda syirik.
y4hud1 memang sagat percatya bab2 mistik dan prophecy...jangan terpedaya dengan notion yang mengatakan mereka ni pandai2 so tak percaya pada benda mistik dan ghaib..
ye... walaupun dah confirm brain dead tapi mereka kata dia akan sembuh sebab dia kena sihir dari orang islam, akhir sekali bila mmg dah confirm mati diorang claim yang sihir orang islam sangat power ... walhal memang dia coma dan brain dead sekian lama dan akhirnya mati... takde kene mengena dengan sihir pun... tapi itulah... mereka ni dalam pandai2 pun masih percaya pasal bende mistik2
Di bawah berita tahun 2021. Korang rasa berjaya tak?
Bomoh Indonesia dakwa hantar santau, roket ghaib serang Israel
Oleh KOSMO!
20 Mei 2021, 3:18 pm
JAKARTA – Sekumpulan bomoh di Indonesia dikatakan membantu Palestin melawan Israel dengan menghantar sihir dan roket ghaib kepada Rejim Zionis itu.
Seorang pengguna YouTube, Kang Ujang Busthomi yang juga merupakan seorang pendakwah bebas di negara itu menerusi satu video yang dimuat naik di akaun YouTube miliknya berkata dia yang baru-baru ini sempat berkunjung ke salah satu kawasan di Indonesia sempat melihat ritual bagaimana 30 orang bomoh di situ menghantar sihir kepada Israel.
Dalam video berdurasi selama 22 minit itu, Kang Ujang memberitahu dia menerima undangan daripada sekumpulan bomoh itu untuk melihat ritual mereka bagi membantu Palestin dengan menghantar roket ghaib mereka.
Roket tersebut dikatakan mengambil masa selama dua hari untuk sampai ke Israel.
Tambah kumpulan bomoh itu lagi, mereka turut menyediakan jin untuk menjaga Palestin daripada dibedil oleh roket Israel.
Video tersebut menjadi tular di media sosial dan kebanyakan netizen yang menontonnya meninggalkan komen-komen yang lucu.
“Ambil masa dua hari untuk sampai? Ambil yang ekspres ya?,” tulis seorang netizen.
“Nanti kalau sudah sampai di Israel beritahu saya ya,” tulis seorang lagi netizen.
Video tersebut sudah ditonton hampir 12,000 kali dengan hampir 200 komen.
memang bushit pun (yang terkait jangan panas pulak yek), rokok pun tak lepas2 nak lawan, padahal dah ada fatwa haram... kecoh sana sini, asal pakai shirt/scarf/post, cukup dah melegakan kesakitan..
btw, yang tradisional israel bukan zionist, masih ada amalan/method nya yang boleh counter sihir belah nusantara (untuk perubatan menyembuhkan, yang vodoo2 tu tak tau lah tapi katanya memang ada) .. cuma teknik tu lah... tapi sama macam sini, yang muda moden2 anggap benda tu ngarut...