View: 4612|Reply: 5
|
"Pilihan Di Tangan Sendiri, Kita Yang Menentukan Bahagia Diri Kita," Puteri Sarah Beri Nasihat Kepada Golongan Isteri Yang Dimadukan
[Copy link]
|
|
Puteri Sarah Liyana tampil menasihatkan golongan isteri yang terpalit dengan isu poligami agar membuat keputusan tidak memudaratkan, sebaliknya boleh membahagiakan dirinya dan anak-anak.
“Buat keputusan yang menggembirakan jika tidak memudaratkan, fikir jalan yang sebaiknya untuk diri kita dan anak-anak.
Foto: IG
“Sarah? Saya bahagia dengan keputusan saya dan masih teguh dengan pendirian itu malah bersyukur saya berbuat demikian.
“Pada akhirnya, pilihan di tangan kita sendiri, kita yang menentukan bahagia diri kita,” katanya di Instagram.
Dia juga meninggalkan nasihat kepada wanita bergelar iateri yang dimadukan supaya tidak mendengar hasutan orang lain dalam membuat keputusan.
Kata ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu, setiap keputusan, kesannya harus dikirkan dari segenap aspek baik diri sendiri, keluarga mahupun anak-anak.
“Dalam keadaan ini, jangan dengar hasutan orang lain, jangan biar orang lain buat keputusan untuk kita, hanya kita tahu apa yang kita rasa dan mana yang terbaik untuk kita.
“Apa pun yang terjadi, fikir apa yang terbaik untuk awak dan anak-anak. Jangan risau kerana Allah itu Maha Mendengar, dia sentiasa ada dengan awak, percayalah,” ujarnya.
Meskipun Puteri Sarah tidak menyebut nama mana-mana individu, tetapi netizen percaya hantaran tersebut mempunyai kaitan dengan isu poligami yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
Sebelum ini, pempengaruh media sosial, Alif Teega membuat pengakuan berpoligami selain menyatakan penjelasan dibuat bagi mengelak timbul fitnah.
Isteri pertamanya, Aisyah Hijanah pula meminta orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan kedua suaminya itu.-CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
HBD sarahh..aku suka dia ni sbb cepat bangkit & move on..utk yg dicurangi silalah angkat kaki..cari kebahagian sendiri..moga ada sinar menanti koranggg!x mcm shuringai merapu meraban terpalinggg! |
|
|
|
|
|
|
|
Mak mertua taknak ambil kira ke
Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Tp bukan senang nak cerai asbab bermadu... Kalau husband tu cukup bagi serba serbi... Ingat makhamah nk izinkan penceraian ka tanpa sebab... Melainkan dah deal siap2x nk berpisah cara baik.... Itu saja...
Poligami ni sah di sisi undang2x agama islam yea... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by annadonna at 2-12-2023 11:16 PM
Kalau suami kaya dan boleh bagi duit okay aje. Kita org perempuan ni yg penting duit aje. Klu tak kena madu pun tapi laki tu biawak pun baik mati je. Unless ko tak boleh kongsi lobak nan sebatang tu so undurlah dari perkahwinan. Makcik aku kena madu mula mula dia mengamuk sampai nak disihirnya bini muda. Tapi bila dah masuk 50 series ehh dia bersyukur pulak lakinya kawin dua. Dia jadi tak penat uruskan rumahtangga and banyak me time. Karier pun cemerlang sebab byk masa nak kejar sukses. Kalau dia sibuk dihalaunya laki balik bini muda. So dia happy. Tapi masih tak berbaik dgn madu la. So apa apa pun keputusan bak kata sarah, asalkan gembira dan tak mudarat go for it. Laki tu kalau tak diambil pompuan lain satu hari nanti diambil Tuhan. Lepas tu engko kawin juga lain nanti. |
|
|
|
|
|
|
| |
|