View: 9579|Reply: 55
|
Alami Masalah Suara, Tak Boleh Bercakap- Punca Perbicaraan Siti Nordiana Dan Lima Sekawan Terpaksa Ditangguh
[Copy link]
|
|
Susulan sukar untuk bercakap, perbicaraan kes saman Siti Nordiana terhadap lima sekawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa ditangguhkan.
Peguam yang mewakili penyanyi itu, Abang Azlan Abang Ariffin memberitahu keputusan itu turut mendapat persetujuan Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan yang mendengar kes berkenaan.
Foto: IG
"Siti Nordiana mengalami kesukaran bercakap dan sudah pun mendapat sijil cuti sakit daripada hospital kerajaan.
"Kes hari ini (Selasa) mendapat kebenaran untuk ditanggukan oleh hakim dan akan bersambung semula pada Rabu," katanya kepada ditemui mStar.
Sementara itu, pengurusnya Mohamad Al Anas Osman, 39, memberitahu penyanyi tersebut berdepan masalah suara sejak minggu lalu dan keadaannya semakin parah pada pagi Selasa.
Anas berkata, Siti Nordiana atau Nana juga diberikan cuti sakit selama 11 hari selepas berjumpa dengan doktor pakar.
Tambahnya, penyanyi itu juga tidak digalakkan untuk berkomunikasi secara lisan bagi memastikan keadaannya pulih dengan segera.
"Sudah seminggu Nana tidak ada suara. Sekarang masih menerima rawatan di hospital. Atas nasihat pakar, Nana tidak boleh bercakap.
"Nana hanya akan berkomunikasi menggunakan telefon ataupun bahasa isyarat," ujarnya.
Sementara itu, Anas turut meminta peminat mendoakan kesihatan penyanyi itu agar kembali pulih dan boleh mengadakan persembahan dengan baik di peringkat separuh akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) Ahad ini.
"Dia masih lagi dalam rawatan dan mengambil segala ubat yang diberikan. Insya-Allah doakan Nana kembali sihat," katanya.
Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021.
Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.
Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.
Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.
Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.
Kes saman fitnah melibatkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu lain kini didengar hakim Mahkamah Tinggi. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
ASGV minggu ini ditangguh jugak? Tiket final next week aku dah beli tau RM162....
Ko ghaser?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak tuduh ada yg dengki hantar santau suara nana. |
|
|
|
|
|
|
|
gigihnyahhh beli.. btw, kaunter nak collect tiket free kat mana nyahhh?
|
|
|
|
|
|
|
|
kepala hotak kite sama
|
|
|
|
|
|
|
|
Uols cakap santau,iols pun rasa iols org hantar santau balik.petanda dia bila pagi je mesti ada muntah2 sampai keluar air kuning.dulu lepas buang santau dah xde muntah2 pagi.off topic lak.
bawak2 gi darul syifa nana..kalau masa ustaz tgh baca ayat ruqyah uols muntah2 air liur mmg santau ye.kena buat tepuk santau buang bisa santau.jht ye sape yg hntar tu.adakah musuh2 dia pnye angkara? |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh ye nana.
tak menang GV pun x pe asalkan nana menang saman tu.
Beni 'Amin' sungguh2 ni tau |
|
|
|
|
|
|
|
jahatkah kite sebab berpikiran begini?
|
|
|
|
|
|
|
|
beni_nikaido replied at 29-11-2023 11:17 AM
jahatkah kite sebab berpikiran begini?
Xjahat..logik je...sape je xdengki dgn nana. Ramai fanz. Pastu banyak job. Mesti la ada yg sanggup guna black magic |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin kena guna2 mak esah oleh musuh2 pendengki nana..Suspek utama si bini lan mulut longkang atau suspek ke2 syura si muka bit*c..Gitu spekulasi meolls.. |
|
|
|
|
|
|
|
asma87 replied at 29-11-2023 09:26 AM
Aku nak tuduh ada yg dengki hantar santau suara nana.
Iolls pun fikir benda yg sama
|
|
|
|
|
|
|
|
Themilo replied at 29-11-2023 10:24 AM
gigihnyahhh beli.. btw, kaunter nak collect tiket free kat mana nyahhh?
Ko mau tangkap tiket percuma.....dok jauh nak kena pakai teropong utk lihat tok pinaz ko punyer pasal....aku no way.....
Aku dengan anak jiran aku yg 3 tahun nak pastikheun tuduhan tuduhan netizens yg sebut tiap kali hady performs....pinaz tak senang duduk....ala ala ngernyam.....menggeliat...
Nanti aku update |
|
|
|
|
|
|
|
Moga cepat sembuh siti nana... |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan memang interview nana je ye...
Macam wartawan tak ada cari pun yg lima sekawan tu... Ke ada ye... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau difikirkan mmg ada logik juga... kalau hati dah hitam mmg sanggup santau menyantau ni kan.....
penyanyi2 yg seangkatan dengan Nana yg naik tahun 1999/2000 rasanya Nana jer yang masih popular, banyak fans termasuk yg muda-muda dan banyak job..... yg lain-lain semua dah sendu.... termasuk la ex-bff dia si Syura tu.... confirm hati panassss tengok Nana makin lama makin fofular.. taraf hidup makin bagussss.... semoga Nana menang dalam kes saman ni & dorang2 ni kena semaksima yg mungkin.....
|
|
|
|
|
|
|
|
sah2 acik2 netizen semesta alam menyokong penuh siti nana sendayan yach...whybother3x |
|
|
|
|
|
|
|
Pengarah G. Talent Management Sdn. Bhd., A. Geetharani, 39, berkata, Siti Nordiana dikategorikan sebagai selebriti kelas ‘A’ dan terlibat dalam tiga projek komersial sebagai duta yang dikendalikan oleh syarikatnya.
Nampaknya kalau Nana menang banyak 5 sekawan tu kena bayar. Ambik..
Moga Nana menang dalam kes saman ni. |
|
|
|
|
|
|
|
asma87 replied at 29-11-2023 09:26 AM
Aku nak tuduh ada yg dengki hantar santau suara nana.
Sama la..nak tuduh jugak, nana kena pergi berubat. Kes² mahkamah ni memang banyak main hantu setan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|