CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5309|Reply: 42

[Tempatan] ‘Coldplay tak boleh, artis Siam seksi takpe pulak?’ - Netizen

[Copy link]
Post time 28-11-2023 01:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 28-11-2023 05:30 AM

KUALA LUMPUR - Ketika penganjuran konsert Coldplay di ibu negara masih hangat diperkatakan sejumlah besar komuniti Islam, negeri yang terkenal dengan julukan Serambi Mekah iaitu Kelantan tak kurang hebatnya.


Bertempat di Bachok, pihak berkuasa negeri itu dikesan membenarkan sebuah konsert berlatarkan penghibur berpakaian seksi diadakan dengan penuh meriah.

Ia menimbulkan persoalan, apa sudah jadi dengan ‘ketegasan’ hukum Islam yang dipraktikkan kerajaan negeri, sehingga membenarkan aktiviti hiburan mencolok mata diadakan.

Kini trending di media sosial khususnya X, foto konsert berkenaan turut tersebar luas.

Lebih menjadi tanda tanya, ia diadakan pula pada ‘penghulu segala hari’ iaitu Jumaat, yang sememangnya memiliki pelbagai fadilat dalam Islam.

Menerusi satu ciapan, Rusty Blade atau @pisaukarat berkata, konsert menampilkan artis dibawa khas dari Thailand itu dihadiri ratusan atau mungkin juga ribuan pengunjung.

Memetik sebuah video dikongsi @wanzz.official2, individu dalam rakaman tersebut dilihat mengkritik tindakan pembangkang yang masih terus menjadikan konsert Coldplay sebagai isu.

“Eh korang nak tau tak, bukan main sedap lagi ‘walaun’ (gelaran untuk penyokong pembangkang) bantai kita, bantai kerajaan pasal konsert Coldplay.

Rupa-rupanya dua hari lalu, hari Jumaat (24 November) dekat Bachok, Kelantan ada konsert, bawa artis dari Siam masuk.

“Haa yang ni takde orang bercerita pun, takde orang tahu pun,” kata individu tersebut.

Penganjuran konsert terbabit turut meraih perhatian Wanita PKR Kelantan yang mendesak kerajaan negeri melakukan siasatan pada kadar segera.

Ketuanya, Nor Azmiza Mamat berkata, konsert menampilkan persembahan artis Thailand, Thungpang Chanoknan itu tidak memenuhi Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Kelantan.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang netizen dikenali sebagai Hock Ann memberitahu, konsert tersebut adalah sebahagian daripada acara keagamaan untuk penganut Buddha, sempena majlis Thodphapha.

Katanya, konsert itu diadakan secara tertutup dalam kawasan wat, dan ia sudah wujud sejak puluhan tahun lalu.

“Hahahahahaha tak sangka hari ni akan tiba. Sebagai cino Kelate beragama Buddha, biar ambo cito....jawapannya, ni concert di Wat (rumah ibadat orang Siam Buddha).

“Di mana Wat Wat di Kelantan sekarang tengah mengadakan majlis Thodphapha (Buddhism’s robe-offering ceremony),” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui, pihak wat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang jika ada komuniti beragama lain mahu hadir menonton persembahan diadakan.

Sementara itu tinjauan Getaran mendapati, Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman turut menjadi mangsa kecaman kerana didakwa membiarkan acara berkenan diadakan.

Netizen yang ‘nakal’ turut memuat naik ciapan Mohd Syahir pada 22 Julai lalu ketika beliau mengkritik kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

“Ada orang kata konsert baik untuk ekonomi, tetapi perlu diingat, ada 'harga' yang perlu dibayar, dan ada 'kos' yang mahal untuk merawat.

“Hiburan, budaya, ekonomi, jatidiri. Perlu selari, perlu seimbang. Perlu bermanfaat,” katanya menerusi ciapan terbabit.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2023 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dibuat secara tertutup di tempat orang Buddha. Namun para walanon/walanontit yang sentiasa ketandusan modal untuk menyerang PAS cuba "mengislamkan" majlis tertutup orang Buddha ini dengan lafaz-lafaz seperti "Jumaat", "penghulu segala hari", "fadhilat", semata-mata untuk memfitenah kerajaan negeri. Sekarang siapa penonggeng agama?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 28-11-2023 02:12 AM
Dibuat secara tertutup di tempat orang Buddha. Namun para walanon/walanontit yang sentiasa ketandusa ...

Maksiat tetap maksiat brader… x yah twist. Korang juga dikira bersekongkol…
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
laqoyah replied at 28-11-2023 02:17 AM
Maksiat tetap maksiat brader… x yah twist. Korang juga dikira bersekongkol…

Tak rugi kalau belajar sikit pasal agama Islam selain fardu ain tu. Cuba belajar sikit pasal hukum taklif orang bukan muslim.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 05:33 AM | Show all posts
Triple_8 replied at 28-11-2023 02:24 AM
Tak rugi kalau belajar sikit pasal agama Islam selain fardu ain tu. Cuba belajar sikit pasal hukum ...

HUKUM LA KONON. Waktu Coldplay nak datang tak jumpa hukum? Hukum agama boleh cherry picking ikut suka ke ejas2 ikut suka hati mak bapak ke wey?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2023 06:16 AM | Show all posts
Ulasan...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2023 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tertutup la konon. Video pun bersepah merata. Bila kena batang hidung dia, pas ni mula la keluarkan dalil2 dia. Pfft. Salah tetap salah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 09:01 AM | Show all posts
Inilah keunikan negeri Kelantan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2023 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Double standard / kemunafikan yg terlampau…

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:32 PM | Show all posts
Bala kalau nak datang bukan dekat situ saja silap-silap satu negeri akan kena.

Copy paste ayat walaun.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:41 PM | Show all posts
lobai ni dah ghoper zionist.dia boleh buat dan halal apa shj dan tetap masuk syurga dan suci
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurdianah replied at 28-11-2023 12:32 PM
Bala kalau nak datang bukan dekat situ saja silap-silap satu negeri akan kena.

Copy paste ayat wala ...

Serambi makkah mana mungkin ditimpa bala???
Yg ada haanyalah ujian dari Allah
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Padanla serombi selalu banjir. Konsert dah bertahun rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 28-11-2023 02:12 AM
Dibuat secara tertutup di tempat orang Buddha. Namun para walanon/walanontit yang sentiasa ketandusa ...

Stadium tertutup jgk
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tertutup la sangat...Oo.  Ni halal. Ustazah asma Harun kata ni konsert tolak Baler nii. Bukan macam Coldplay. Konsert ni dapat keraskan pelir di area walaun musim hujan sejuk2 ni

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
• Kerajaan negeri Kelantan menjelaskan konsert Pesta Loy Krathong di Bachok yang berlangsung Jumaat lalu dengan menampilkan penyanyi dari Thailand, mempunyai permit.

• Bagaimanapun, pihak penganjur gagal mematuhi sebahagian peraturan yang ditetapkan.

• Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah menampilkan penyanyi dari Thailand yang tidak mematuhi etika pemakaian selain membenarkan pengunjung muslim ke konsert berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
laqoyah replied at 28-11-2023 02:17 AM
Maksiat tetap maksiat brader… x yah twist. Korang juga dikira bersekongkol…

Maksiatun dan maksiatit kata asalkan tertutop semua halalan toyyiban. Haaa sorok2 lah ya bermaksiat bala jauh sgt kalo bertutop
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 28-11-2023 12:41 PM
lobai ni dah ghoper zionist.dia boleh buat dan halal apa shj dan tetap masuk syurga dan suci

Jgn lupa mereka juga reti mengkapirkan org Muslim
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 04:26 PM | Show all posts
konsert ni utk kafir ja ..yg masalah bila kafir buat konsert berdondon isele gi ..

kafir utk kafir bereh dik

kafir utk isele .. demo nok isele ko nok konsert kapir ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2023 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin merepek pas ni. Tukarla presideng tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.102486 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list