CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 453|Reply: 0

[Borneo] Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur sehingga Rabu

[Copy link]
Post time 27-11-2023 06:37 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan berterusan bermula hari ini hingga Rabu (29 November).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran tahap waspada dikeluarkan bagi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan berikutan perkembangan cuaca itu.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terenggganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala di Pahang membabitkan Kuantan dan Pekan.

Menurut MetMalaysia, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari lawan web dan media sosial rasmi jabatan itu.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan.- BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.124071 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list