CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1363|Reply: 0

[Kedah] Tiada lagi kelulusan untuk projek kuari di Baling

[Copy link]
Post time 27-11-2023 02:59 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Alor Setar: Kerajaan negeri memutuskan untuk tidak memberi kelulusan untuk sebarang permohonan baharu projek kuari di Baling bagi memastikan alam semula jadi yang menjadi tarikan pelancong di daerah itu tidak terjejas.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kelulusan sedia ada bagi projek kuari batu kapur, granit dan pasir yang diluluskan oleh pentadbiran negeri terdahulu turut ditangguhkan bagi mencari tapak alternatif di daerah itu.

Katanya, langkah itu seiring dengan matlamat kerajaan negeri untuk menjadikan Baling sebagai daerah ekopelancongan .

"Baling ditetapkan sebagai daerah ekopelancongan, oleh itu sebarang projek yang boleh menjejaskan perancangan tersebut seperti permohonan kuari kita akan pertimbangkan dan tangguhkan.



"Baling ini kaya dengan permohonan kuari antaranya membabitkan batu kapur, granit dan pasir. Kalau permohonan baharu memang kita akan tolak.

"Yang sudah diluluskan pula, kita tangguh untuk cari ganti di tempat lain. Kita nak pastikan kawasan tumpuan seperti gua di sepanjang Gunung Baling tidak terjejas dengan projek ekonomi perseorangan atau syarikat hingga mendatangkan kesan negatif terhadap daerah itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Najmi Ahmad (PN-Kupang) pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Yang Ke-15 di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini

Najmi memohon penjelasan mengenai agihan pembangunan di Kedah yang disifatkannya sebagai masih tidak seimbang serta perancangan kerajaan untuk menjadikan daerah mundur seperti Baling melonjak setanding daerah lain.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri juga sedang menjalankan kajian untuk membangunkan sektor ekopelancongan di Gunung Pulai.

"Kajian membabitkan Gua Sirih, Gua Badak, Gua Landak, Gua Air di Bukit Wang, Baling yang sedang dijalankan oleh Plan Malaysia Kedah adalah sebahagian daripada inisiatif menambah nilai produk pelancongan di daerah ini.

"Kerajaan negeri bercadang untuk memohon peruntukan bagi membangunkan infrastruktur pelancongan yang berkaitan bagi sektor ekopelancongan Baling," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jek-kuari-di-baling

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.046235 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list