CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2648|Reply: 14

[Politik] Juara baru Maharaja Lawak 2023

  [Copy link]
Post time 26-11-2023 11:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 23-12-2023 09:03 AM



SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau membuat gimik untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden BERSATU pada pemilihan parti yang dijadual diadakan tahun depan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebaliknya menegaskan keputusan terkini untuk terus kekal bertanding bagi jawatan itu dibuat selepas mendapat restu daripada isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga menjelaskan ia turut didorong rayuan daripada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan ahli BERSATU yang mahu beliau mempertahankan jawatan Presiden BERSATU pada pemilihan akan datang.

"Gimik? Kamu cuba tanya kawan-kawan lain ini gimik ke? Saya bukan main-main. Anda kalau duduk di atas dan dengar. Ini bukan main gimik.

"Bukan permainan budak-budak. Itu (hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan) adalah ucapan dasar saya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin ketika Ucapan Penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU dilapor membuat pusingan U apabila memaklumkan akan bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan akan datang.

Penegasan Muhyiddin itu hadir sehari selepas beliau menyatakan hasrat untuk tidak mempertahan jawatan Presiden BERSATU dalam Ucapan Dasar Presiden sempena PAT BERSATU 2023.

Sementara itu, Muhyiddin turut mencadangkan penubuhan Majlis Penasihat BERSATU yang mungkin dianggotai beliau dan beberapa individu Melayu berpengaruh lain, bertujuan menentukan hala tuju dan dasar parti berkenaan.

Beliau berkata, majlis itu juga boleh berfungsi dan berkuasa menentukan pemilihan calon yang mahu diketengahkan BERSATU pada mana-mana pilihan raya akan datang.

"Ia (pemilihan calon pilihan raya) akan melalui jawatankuasa pilihan tetapi (keputusan) muktamadnya dibawa kepada majlis (penasihat) untuk pengesahan.

"Maknanya, dia (bakal calon) disaring secara mendalam dan (majlis penasihat) menentukan supaya pilihan akan dikemukakan sebagai calon pilihan terbaik.

"Mungkin (cadangan) ini akan dibincangkan dalam MPT, sama ada saya ada atau tidak di situ akan datang...ada keperluan untuk badan (majlis penasihat) memberi pandangan dan nasihat," katanya.


Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 21 Users voted

Count down: 211 Days2 Hours15 min.

8.82% (3)
50.00% (17)
5.88% (2)
35.29% (12)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2023 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Koyak betul bila reporter tanya gimik ke? Kelako.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham aku dia ni. Masa jadi PM dia resignrd lepas tu gila talak. Sekarang buat soemthing similar...pepatah indon berkata, once beaten twice shy. Baik dia retire je lah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 07:55 AM | Show all posts
politician ni susah btul nak retired eh..
klu bersara pun msti nak main peranan lg dlm parti
tubuh jwtn syok sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 08:06 AM | Show all posts
patutnya muhyiddin kena tunjuk dia berprinsip disini kerana keputusan tidak melibatkan mudarat kepada sesuatu pihak... lainlah kalau keputusan itu berbentuk dilema, ditelan susah diluah pun susah maka barulah orang dapat melihat adanya kesukaran

setakat nak turun jawatan itu sepatutnya tak berguna sangat pun kepada imej dia apabila dia buat uturn... ini respon sadiq ni mungkin dah maki-maki sebab dulu dia tarik sokongan ph pun katanya pm tak kuat pendirian
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 08:12 AM | Show all posts
Piyem tepi...takot bini kew?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-11-2023 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 09:40 AM | Show all posts
din pagoh ni patut bersara...bersatu ni parti lucah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2023 10:15 AM | Show all posts
klu bersara habislah fail-fail salah laku terbuka...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 27-11-2023 09:40 AM
din pagoh ni patut bersara...bersatu ni parti lucah

Sudah tiba masanya kita tubuhkan parti Bersatuboh
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 11:18 AM | Show all posts
terbukti kaki cirit
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 27-11-2023 10:19 AM
Sudah tiba masanya kita tubuhkan parti Bersatuboh

Sa-tuboh

Teringat forumer maiden
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 09:01 AM | Show all posts
Lawak terpaling 2023
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena minta restu bini.

Bini tak restu susah wooooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.238379 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list