CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2865|Reply: 0

[Melaka] 18 mangsa tersangkut 20 minit dalam lif hotel, dua sesak nafas

[Copy link]
Post time 25-11-2023 03:40 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN bomba membantu membawa keluar 18 individu yang terperangkap di dalam lif sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka.

MELAKA – Seramai 18 individu berdepan detik cemas apabila lif mereka naik tersangkut di antara tingkat 21 dan 22 di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Jalan Merdeka, Banda Hilir, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, dua daripada mangsa wanita mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital sebaik sahaja berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Penguasa Bomba Kanan II (KUP) Omar Husein@Mohsin berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.12 pagi dan sepasukan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan tiba di lokasi pada pukul 10.20 pagi dan mendapati 18 individu tersangkut di dalam lif.

“Pintu lif berjaya dibuka pada pukul 10.34 pagi dan dua daripada mangsa wanita telah pengsan kerana sesak nafas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


SEORANG mangsa wanita pengsan dipercayai mengalami sesak nafas selepas terperangkap di dalam lif hotel selama 20 minit.

Tambahnya, mangsa yang pengsan telah diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Katanya, kesemua mangsa dipercayai telah terperangkap kira-kira 20 minit sebelum menghubungi pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan.

“Seramai 16 mangsa yang terperangkap adalah lelaki dan dua wanita. Pasukan bergerak pulang ke balai selepas memastikan tiada risiko kemerbahayaan lain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... el-dua-sesak-nafas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.061646 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list