CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2648|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang catat belanjawan defisit RM514.53 juta

[Copy link]
Post time 24-11-2023 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang catat belanjawan defisit RM514.53 juta

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
24 November 2023   12:37pm








Kon Yeow sedang membentangkan Belanjawan 2024 di Sidang Dun Pulau Pinang pada Jumaat.



GEORGETOWN - Pulau Pinang sekali lagi mencatatkan unjuran defisit sebanyak RM514.53 juta dalam Belanjawan 2024 selepas 13 kali mengalami bajet defisit sejak 2011.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, nilai defisit itu bertambah sebanyak RM47.41 juta berbanding defisit tahun 2023 yang berjumlah RM467.12 juta.



Menurutnya, anggaran defisit atau kekurangan RM514.53 juta yang dijangka dalam Belanjawan 2024 akan dibiayai daripada rizab kerajaan negeri, termasuk Akaun Amanah Disatukan yang berbaki sebanyak RM1.67 bilion pada 15 November 2023.

"Mengambil kira jangkaan hasil tahun 2024 berjumlah RM533.08 juta berbanding perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.1 juta akan menjadikan Belanjawan 2024 mengalami defisit sebanyak RM514.53 juta.



"Namun mengambil kira janji kerajaan negeri yang akan sentiasa berusaha dan berikhtiar untuk melonjakkan pembangunan negeri di samping memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa dipelihara, maka bajet berdefisit perlu dilaksanakan," katanya ketika membentangkan Ucapan Bajet 2024 Pulau Pinang di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) berkata, kerajaan negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip pada tahun 2024 berjumlah RM533.1 juta iaitu pertambahan sebanyak RM10.73 juta atau 2.05 peratus berbanding anggaran hasil tahun semasa 2023 sebanyak RM522.35 juta.

"Komposisi hasil tahun 2024 terdiri daripada hasil cukai RM167.91 juta (31.50 peratus), hasil bukan cukai RM277.92 juta (52.13 peratus) dan terima bukan hasil sebanyak RM87.24 juta (16.37 peratus).
"Peningkatan utama hasil sebanyak RM10.73 juta yang dijangkakan pada tahun 2024 adalah disebabkan oleh peningkatan unjuran hasil cukai terutama cukai langsung dan juga hasil bukan cukai.


"Kerajaan negeri akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kutipan hasil negeri dari semasa ke semasa. Sehingga 15 November tahun ini, kerajaan negeri telah mengutip sebanyak RM496.17 juta hasil secara keseluruhan," tambahnya.

Beliau menambah, perbelanjaan mengurus yang dicadangkan bagi tahun 2024 iaitu sebanyak RM1.047 billion menunjukkan peningkatan sebanyak RM58.13 juta berbanding tahun 2023.



Peningkatan Perbelanjaan Mengurus 2024 antara lain disebabkan oleh komitmen berterusan kerajaan negeri dalam mempergiatkan program-program yang berorientasikan rakyat, selain mengimbangi keperluan projek-projek pembangunan negeri.

"Di bawah peruntukan mengurus 2024, sejumlah RM205.90 juta adalah bagi emolumen, RM214.37 juta bagi perkhidmatan dan bekalan, RM3.38 juta untuk perolehan aset, RM622.59 juta bagi pemberian dan kenaan bayaran tetap dan RM1.36 juta disediakan untuk perbelanjaan- perbelanjaan lain," katanya.

Ujar beliau, perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap kekal sebagai komponen terbesar mencakupi 59.43 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus.

"Jumlah itu termasuk caruman sejumlah RM240 juta kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri sejumlah RM110.45 juta bagi program-program kebajikan negeri termasuk iSejahtera dan RM98.50 juta bagi penyediaan geran kepada anak-anak syarikat, badan berkanun negeri dan lain-lain agensi.

"Pertambahan peruntukan bagi objek-objek am secara dasarnya adalah bagi menampung keperluan kenaikan gaji tahunan, kenaikan kos bekalan dan keperluan menggantikan harta modal yang tidak lagi ekonomik," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.039040 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list