CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 864|Reply: 0

[Selangor] Banyak jalan raya di Klang rosak – Menteri

[Copy link]
Post time 23-11-2023 04:47 PM | Show all posts |Read mode

Alexander meninjau keadaan jalan raya di Klang yang rosak akibat lori-lori treler dengan had muatan berlebihan.

PETALING JAYA – Banyak jalan-jalan persekutuan di Klang, Selangor mengalami kerosakan disebabkan operasi lori-lori treler dengan had muatan berlebihan di daerah berkenaan setiap hari.

Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sejak menerajui KKR, antara lokasi jalan bermasalah yang sering dibawa ke perhatian beliau adalah jalan-jalan persekutuan di daerah Klang.

“Tidak dinafikan banyak laluan di sini mengalami kerosakan yang antara punca dikenal pasti adalah disebabkan lori-lori treler dengan had muatan berlebihan yang menggunakan laluan di sini setiap hari.

“Dalam perbincangan bersama Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman; Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali; ADUN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri dan ADUN Meru, Mariam Abdul Rashid sebentar tadi, punca permasalahan ini diakui.

“Dengan adanya pusat pelabuhan penting di sini yang merupakan pelabuhan ke-12 tersibuk di dunia, kewujudan treler-treler ini sudah pasti menjejaskan kualiti jalan raya di sini meskipun pelbagai usaha penyenggaraan kerap dilaksanakan oleh kementerian dan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Alexander berkata, bagi tahun 2023, KKR memperuntukkan sebanyak RM16.35 juta bagi kerja-kerja penyenggaraan Berkala Pavemen, Berkala Bukan Pavemen, Jambatan dan Penyenggaraan Lampu Jalan dan Lampu Isyarat di Jalan Persekutuan daerah Klang.

Kata beliau, selari dengan semangat kempen MYJalan, KKR bersama Kementerian Pengangkutan akan memberi fokus kepada peruntukan yang bakal disalurkan iaitu sebanyak RM50 Juta secara Geran Padanan bagi menyenggara laluan-laluan yang sering digunakan kenderaan berat di sekitar Pelabuhan Klang bagi tahun 2024.

Bagaimanapun, katanya, senarai lokasi itu perlu disemak dengan teliti supaya ia mengambil kira kaedah ‘rawatan’ yang sesuai bagi menampung beban kenderaan berat yang banyak di kawasan Pelabuhan Klang.

“Dengan peruntukan terhad, KKR dan JKR cuba sedaya upaya untuk menyediakan fasiliti jalan raya yang selamat untuk semua.

“Atas dasar itu, saya mengingatkan kepada syarikat konsesi untuk memberikan servis terbaik dan jangan menjadikan faktor peruntukan sebagai alasan kualiti kerja yang tidak mencapai standard dan piawaian yang ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... lang-rosak-menteri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.050158 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list