CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5465|Reply: 5

PEMBELI CARI PENJUAL

  [Copy link]
Post time 22-11-2023 10:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kruzaman at 27-11-2023 03:19 AM



Pembeli cari penjual! Ehhhhh…biar betul, bunyi pun agak pelik. Bila berniaga kena keluar cari pelanggan, buat promosi supaya orang datang membeli.

Orang menjual jeruk mangga di persimpangan lampu isyarat pun kena bergerak dari kenderaan ke kenderaan yang lain.

Berdiri tegak tanpa berbuat apa-apa, hanya mengharapkan orang datang membeli, boleh habis ke barangan yang dijaja.

Itulah persoalan utama apabila sebut sahaja berniaga, nak kena ada kedai, nak kena pelawa dengan muka yang manis. Kalau tidak tak lakulah, pemikiran sebegini sudah sinonim dalam masyarakat kita dan para peniaga.

Sebenarnya, bukan susah sangat hendak suruh orang datang cari kita untuk membeli, malah yang tinggal jauh pun sanggup datang. Betul ke ni?



Anda tahu tak setakat bulan Januari 2023, terdapat  33 juta pengguna internet di Malaysia, 96 peratus daripadanya menggunakan Google sebagai enjin carian internet. Manakala 76 peratus daripada mereka mencari maklumat bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi.

Setiap perkataan yang dicari, Google ada pengkalan datanya, ambil contoh perkataan 'jeruk mangga' ada 2,400 carian untuk bulan Oktober lepas. Setiap bulan jumlah angka yang mencari akan sentiasa berubah dan ada pencari baru.  



Sekiranya anda berniaga jeruk mangga, bolehkah 2,400 yang mencari tu jumpai anda pada muka hadapan Google apabila mereka mencari? Insha Allah jawapanya boleh, dengan syarat anda kena lakukan secara sistematik.

Menariknya ianya adalah PERCUMA, hanya sekali buat saja dan sampai bila-bila pun orang akan nampak. Kalau 10 peratus pengemar jeruk mangga nampak anda dan datang kepada anda berapa agaknya yaaaa… Inilah yang dikatakan PEMBELI
CARI PENJUAL.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 05:29 PM | Show all posts
Edited by rohayatimat at 23-11-2023 05:30 PM

Cara ni memang menjadi, lama dah akak guna, ni dia panggil SEO...yang terbaru akak siarkan pada 25/8/2023...masakan ayam...ada 6,600 carian sebulan...sekarang konten tu berada no 11 dari senarai teratas muka depan Google. Cara ni jarang orang guna...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2023 11:46 PM | Show all posts
memang betul cara sebegini jarang dilakukan, kebanyakan usahawan/peniaga suka ikut trend. kalau trend menaik maka naiklah, begitu juga sebaliknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2023 11:53 PM | Show all posts
rohayatimat replied at 23-11-2023 05:29 PM
Cara ni memang menjadi, lama dah akak guna, ni dia panggil SEO...yang terbaru akak siarkan pada 25/8 ...

Cara yang puan buat ni, secara langsung produk puan berada dalam circle/kelompok mereka yang mencari iaitu untuk menarik 6,600 yang mencari tu ke perniagaan puan atau juga dipanggil teknik 'pull marketing'. Kena yakin dengan apa yang kita buat, Insha Allah rezeki tak lagi salah alamat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam nama saya Chong saya user baru orang Cina Seremban. Saya sedang cari kerja dan nak juga terlibat dalam perniagaan jual beli. Dekat Seremban banyak orang yang jual jeruk mangga di jalan raya. Kalau boleh, boleh hubungi saya di 011-6513790 ataupun di Whatsapp 017-6150376. Saya memang urgent nak cari kerja ataupun terlibat dalam pembeli cari penjual business moderator.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2023 01:06 AM | Show all posts
chongyixiang replied at 24-11-2023 07:14 AM
Salam nama saya Chong saya user baru orang Cina Seremban. Saya sedang cari kerja dan nak juga terlib ...

Saudara Chong berminat kerja yang macam mana yaaa...kalau ada pengetahuan dengan apa yang kami lakukan, mungkin boleh bagi job yang bersesuaian...utk info lanjut apa yang kami buat klik link ni https://abrozseo.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.054590 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list