CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2540|Reply: 0

[Perlis] `Bomoh' didakwa mencuri, pecah rumah

[Copy link]
Post time 22-11-2023 06:12 PM | Show all posts |Read mode
`Bomoh' didakwa mencuri, pecah rumah


November 22, 2023 @ 5:02pm



Seorang lelaki digelar ‘bomoh’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kangar atas lima pertuduhan mencuri dan melakukan pecah rumah di beberapa lokasi di sekitar Perlis sejak September lalu. - Gambar fail NSTP



KANGAR: Seorang lelaki yang digelar 'bomoh' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas lima pertuduhan mencuri dan melakukan pecah rumah di beberapa lokasi di sekitar negeri ini, sejak September lalu.

Salehuddin Abdul Rani, 49, didakwa atas empat pertuduhan mencuri motosikal, mesin gergaji elektrik, komputer riba, beg sandang, cakera keras luaran dan pemacu pena, masing-masing milik seorang wanita dan tiga lelaki di beberapa lokasi berbeza di sekitar daerah ini antara 7.20 malam dan 3.30 pagi, pada 2 dan 5 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa bersama-sama tiga individu yang telah mengaku bersalah, melakukan pecah rumah dan mencuri beg milik seorang wanita warga emas berusia 67 tahun di sebuah rumah di Kampung Alor Redis, Jalan Wau Jala Budi di sini pada 5 pagi, 10 Sept lepas mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh didenda dan jika kesalahan itu ialah mencuri, maka tempoh penjara boleh dilanjutkan hingga 14 tahun dan bagi mana-mana satu kesalahan itu dilakukan kali kedua atau kemudian boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin bagi kelima-lima pertuduhan dan menetapkan 26 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Ab Rashid manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Alif Farhan Mohamad Supian.
- BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.647839 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list