CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2006|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lagi sekolah antarabangsa di Pulau Pinang terima ancaman bom

[Copy link]
Post time 22-11-2023 04:35 PM | Show all posts |Read mode

Sinar Online melaporkan dua buah sekolah swasta di Pulau Pinang ini menerima ancaman bom yang dihantar melalui e-mail.



GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menerima satu lagi laporan daripada sekolah antarabangsa di Batu Feringghi berhubung kes ancaman bom.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu pada Rabu daripada pengurusan sekolah terbabit.

    "Menurut laporan, mereka menerima e-mail daripada individu tidak dikenali mengatakan bahan letupan telah ditanam di sekolah sama seperti dua kejadian yang dilaporkan pada Selasa," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Semalam Sinar Harian melaporkan dua buah sekolah swasta di Pulau Pinang ini menerima ancaman bom yang dihantar melalui e-mail.

Saravanan sebelum ini berkata, kedua-dua sekolah terbabit menerima kandungan e-mail yang sama dengan tajuk bahan letupan telah ditanam di sekolah.

"Kandungan e-mel itu menceritakan penghantar e-mel mengalami masalah hidup dimana dia dibenci oleh orang sekeliling, ayah merogolnya sejak kecil dan dihina di sekolah.

"Pasukan Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang dan Unit K-9 hadir ke kedua-dua tempat kejadian. Hasil pemeriksaan dapati tiada apa-apa yang mencurigakan," katanya.

Saravanan berkata, pasukan bomba juga berada di kedua-dua lokasi kejadian bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku.



Katanya, permohonan semakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan dibuat untuk kenal pasti butiran pemilik emel.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/a ... -terima-ancaman-bom

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.081868 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list