CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3300|Reply: 15

[Jenayah] Menayang Tin A&W Root Beer, Apa Beza Coldplay Dengan Konsert Aina Abdul Dan Aliff Aziz?!

[Copy link]
Post time 22-11-2023 04:03 PM | Show all posts |Read mode




Caprice ternyata tidak setuju dengan pihak yang mendesak untuk membatalkan konsert Coldplay sebagai tanda solidariti buat rakyat Palestin yang sedang menderita di negara mereka.

Menurut Caprice langkah hanya mendesak pembatalan konsert Coldplay dianggap pilih kasih kerana artis artis tempatan dan program realiti hiburan seperti All Stars Gegar Vaganza masih dibenarkan dan diteruskan tanpa ada tekanan.

Menerusi Instagram miliknya, Caprice memberikan pandangannya: “Baru baru ini kecoh apabila ramai yang mulai bersuara [desak] untuk batalkan konsert Coldplay sebagai tanda hormat kepada apa yang berlaku di Palestin.”

“Dengar sini Malaysia, apa beza Coldplay dengan konsert Aina Abdul? Kenapa Aina Abdul tak ada siapa pun desak untuk batalkan.”

“Dan apa beza beza konsert Coldplay dengan Aliff Aziz [dalam program All Stars Gegar Vaganza]? Bagi Cap [Caprice] tiada beza kerana dua-duanya hiburan.”

Caprice kemudian mengingatkan rakyat Malaysia bahawa konflik antara Israel dan Palestin sudah berlarutan sejak 75 tahun lamanya. Jadi, Caprice merasakan ada banyak cara nak tunjuk solidariti kepada Gaza namun bukannya dengan melarang orang berhibur.”

Caprice menambah: “Kita ni kena lagi matang apabila tiba kepada isu Palestin. Mereka sudah lalui perang lebih 75 tahun sebelum kita lahir lagi. Kalau kita nak tunjuk hormat, atau bersolidariti dengan Palestin, Cap rasa ada seribu cara lain, daripada nak mula suruh kita jangan berhibur ke atau jangan tengok hiburan ke?”

“Contohnya banyakkan berdoa, bersedekah, banyakkan derma, banyakkan buat konten tentang maklumat mengenai Palestin, boikot produk yang membantu mereka dan macam-macam lagi.”

Akhir sekali Caprice menyindir, jika betul betul mahu Malaysia bebas daripada sebarang hiburan tanda solidariti buat Palestin, lebih baik tutup semua media penyiaran, media elktronik dan segala platform yang ada hiburan.

“Tapi, kalau orang nak kita tak mahu ada hiburan sebagai tanda hormat, baik kita tutup Astro, YouTube, Tik Tok, pawagam, radio, Facebook dan Spotify misalnya sebab dalam platform ini ada hiburan,” akhiri Caprice.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2023 04:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2023 04:28 PM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
bang... bang ...
untuk isu ni iolls setuju dengan abam kepris
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap ada geng berfesyen show kat konsert Aina tak perlu tunggu konsert artis luar negara untuk golongan tu keluar
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiger of al quds dah tak menggelupur terpaling boikot palestine lagi dah ke??? #tanyajer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2023 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lupa bola sepak sekali. Apasal takmau batal perlawanan
Kenapa taknak stop sebagai tanda hormat
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya stop semua jahh dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan A & W skrg tengah popular ke?....

Agus & Wahab
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 04:05 PM | Show all posts
Geram nengok ponen2 kat konsert Yena Bedul. Nak je iolls sebat sekor2 dgn ekor pari.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 04:08 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 22-11-2023 11:46 PM
Patutnya stop semua jahh dulu..

ya stop semua kita berkabung bermuram durja hiburan dlm rumah saja
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 04:23 PM | Show all posts
Prickford replied at 23-11-2023 04:05 PM
Geram nengok ponen2 kat konsert Yena Bedul. Nak je iolls sebat sekor2 dgn ekor pari.

ada link thread tak? try search byk fesyen aina abdul je...fonen2 sikit je
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 04:39 PM | Show all posts
mejaputih replied at 23-11-2023 08:23 AM
ada link thread tak? try search byk fesyen aina abdul je...fonen2 sikit je

Ada tengok kat FB, iolls try cari tak jumpa plak keyword nya apa. Kalau ada, iolls tepek.

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 23-11-2023 04:08 PM
ya stop semua kita berkabung bermuram durja hiburan dlm rumah saja

Iols ok jahh wat cenggitu.. ankel musti menggeletis nak bersuka ria, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Chopp a&w kena boikot jgk ke? Teringin waffle dia hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2023 08:41 AM | Show all posts
agus & wahab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 1.702258 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list