CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2724|Reply: 0

Aset Pasukan Polis Marin akan ditambah - Ketua Polis Negara

[Copy link]
Post time 22-11-2023 03:53 PM | Show all posts |Read mode

Demonstrasi pasukan keselamatan semasa lawatan ketua polis negara ke Kudat.

KUDAT: Polis Diraja Malaysia masih meneliti keperluan untuk menambah aset Pasukan Polis Marin di Sabah dan Sarawak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata perkara itu sedang dikaji dengan mengambil kira keluasan perairan di kedua-dua wilayah berkenaan.

"Bagi negeri Sabah dan Sarawak, bagi Polis Marin ni, dalam kajian kita untuk kita melihat kepentingannya untuk kita membesarkan lagi ataupun mahu letakkan lagi pengkalan marin yang bersesuaian. Itu difikirkan," katanya di sini hari ini.

Beliau merasmikan program Community Policing di Pulau Banggi, Kudat dan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada asnaf dan ibu tunggal.

Dalam program itu, Razarudin melawat Balai Polis Karakit di Pulau Banggi dan meninjau pos barisan hadapan PDRM di Pulau Malawali dan pos barisan hadapan Angkatan Tentera Malaysia di Pulau Balambangan.

Mengenai tahap keselamatan di perairan utara Sabah, khususnya di Kudat dan Pulau Banggi yang terletak berhampiran negara jiran, beliau berkata, kehadiran pelbagai agensi pasukan keselamatan berjaya mengurangkan kes jenayah rentas sempadan seperti penculikan dan penyeludupan.

Katanya, kerjasama dengan pihak berkuasa negara jiran juga penting bagi memastikan aspek keselamatan di perairan negara sentiasa terjaga.

"Kita berharap kerjasama dan juga di antara agensi-agensi penguat kuasa di laut ini, dengan PDRM menentukan Sabah ini selamat daripada kes penculikan.

"Kerjasama dengan pihak Filipina juga memainkan peranan untuk mendapatkan maklumat supaya tiada kejadian seperti ini berlaku," katanya.



Razarudin dalam program di Kudat, hari ini.

https://www.bharian.com.my/berit ... -ketua-polis-negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.053562 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list