CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13438|Reply: 47

[Jenayah] Tujuh bulan kemurungan sejak kena scam

[Copy link]
Post time 22-11-2023 12:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 22-11-2023 05:04 AM

SHAH ALAM: Gara-gara menjadi mangsa penipuan hingga konsert solo yang dijadualkan berlangsung Oktober tahun lalu terpaksa dibatalkan, penyanyi Noraniza Idris mengalami kemurungan.

Berkongsi lanjut, Noraniza atau lebih akrab disapa Kak Ani berkata, keadaan itu membuatkan emosinya tidak stabil dan enggan bertemu orang ramai.

"Saya alami trauma dan kemurungan yang teruk sejak kena 'scam'. Bila mula kena tipu sekitar Ogos tahun lalu, saya tak tahu macam mana nak hadapi.

"Kebetulan pengarah konsert hilang tanpa dapat dikesan. Bila timbul masalah, saya kena hadap semua.

"Kemurungan ini menyebabkan saya rasa malas nak buat program kemasyarakatan dan tak nak langsung jumpa orang ramai.

"Malah, kalau suami bangkitkan soal konsert, pasti saya akan menjerit macam orang hilang pertimbangan," katanya kepada BH Online.

Menurut penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Irama Malaysia itu, dia mengambil masa lama untuk mengembalikan semula semangatnya.

"Lama juga saya nak pulih iaitu dari Ogos tahun lalu hinggalah Mac tahun ini.

"Saya ada juga dapatkan nasihat pakar dan diberi surat rujukan untuk pemeriksaan lanjut di hospital tapi saya tak pergi.

"Sebaliknya, suami meminta Datuk Awie nasihatkan supaya tidak melawan kecaman netizen dan terus fokus dengan kerjaya seni," ujarnya ketika ditemui selepas menjayakan konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, kelmarin.

Ditanya apakah masih berminat meneruskan konsert pada masa akan datang, Noraniza berkata, perkara itu akan dipertimbangkan namun bersyarat.

"Jujurnya, saya sudah serik dan tak nak lagilah buat konsert. Tapi kalau ada yang berminat, saya akan mengambil sikap berhati-hati.

"Saya akan siasat latar belakang penganjur supaya pisang tidak berbuah dua kali," katanya.

Terdahulu, kontroversi isu skim perumahan membabitkan syarikat pemaju memberi kesan kepada penganjuran Konsert Malai Solo yang dijadualkan berlangsung antara 21 hingga 23 Oktober 2022 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Ini kerana, syarikat pemaju tersebut pernah menyatakan kesediaan untuk menaja Konsert Malai Solo sebanyak RM3 juta.

Walaupun Noraniza sudah menjelaskan tiada kaitan dengan syarikat perumahan itu, namun berita yang tular mengenai dirinya menjejaskan penjualan tiket konsert, sekali gus menyebabkan promosi konsert terpaksa dihentikan.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Balasan sbb rasa bagus sgt? X beragak smpai 3 hari berturut pulun nk menyanyi. Dgn rege tiket yahudi zionis
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik diam ajelaa.. acik acik forem tgh tajamkan pensil nak hempuk ko.. ngaku ajelaa salah.. senang..ni ko pertahankan mgkuk yg jnji rumah banglo tuu napee . Ujung ujung jmbn pramlee dlm cite penyamun pun tak de
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2023 04:46 AM | Show all posts
Edited by JoyahMengayah at 22-11-2023 09:29 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:01 AM | Show all posts

Yah, tak keluar ni video nya, cuba letak balik
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:02 AM From the mobile phone | Show all posts
JoyahMengayah replied at 22-11-2023 04:46 AM

Cer tepek link plk sbb xleh play pom
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2023 05:02 AM | Show all posts
Noraniza Idris ini adalah penyanyi zaman sy masih di malaysia.. tetapi kenapa tidak dilistkan album2 dia yg sebelum 1990?
sy ingat lagi, bila cuti2 in early 1990s, dgr nya lagu dia dalam radio,     lagunya adalah agak pelik
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 22-11-2023 05:01 AM
Yah, tak keluar ni video nya, cuba letak balik

Dr panggil joyah - yah.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 22-11-2023 06:20 PM
ipes2 replied at 22-11-2023 05:02 AM
Noraniza Idris ini adalah penyanyi zaman sy masih di malaysia.. tetapi kenapa tidak dilistkan album2 ...


Dia byk nyanyi lagu org je Doc.....
Lagu org dia nyanyi balik.....
Mcm lagu indon yg nurse kita nyanyi ramai² tu, dia jadikn album dia....
Akk dulu ingt lagu tu lagu dia....rupanya lagu indon dia amik....tapi suara dia buatkn lagu tu lebih sedap dari penyanyi asal....

Akk dulu kena tahan telinga je dlm keta sbb abg akk minat giler kat dia...tau kewujudan dia ni pun dari abg akk lah.... Sepjg perjalanan dari kl balik kg kena dgr lagu Noraniza iblis ni berulang²....dulu kan guna kaset ...jln lama pulak tu....tak de hiway.....lebih kurang 3.5jam perjalansn....bernanah telinga tau....dlm hati kata, balik naik bas pun tak pe....tapi takkn lepas nya

*Oppsss...noraniza iblis mn forummer iya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2023 05:30 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 22-11-2023 09:02 AM
Cer tepek link plk sbb xleh play pom

Done...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2023 05:31 AM | Show all posts
ipes2 replied at 22-11-2023 09:01 AM
Yah, tak keluar ni video nya, cuba letak balik

Fixed!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:35 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 22-11-2023 05:14 AM
Dr panggil joyah - yah.....

ha yelah.
kak sy panggil Kak Jazz, kan?

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:43 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 22-11-2023 05:23 AM
Dia byk buat lagu ciplak je Doc.....
Lagu org dia nyanyi balik.....
Mcm lagu indon yg nurse kita n ...

oh gitu...
dia nyanyikan balik lagu org ye, ie dia nyanyi sebagai cover la kan?
eh itu ok je kak jazz, itu dikira talented
jgn la kata ciplak Kak, sian dia
contoh Cyndi Lauper nye Girls Just Wanna Have Fun, Sinead O'Connor nyer Nothing Compares To You etc

ha ha abg Kak peminat dia ya
sy lupa kenapa sy ingat nama dia dulu.. maybe sebelum 1990 dia ada lagu yg sedap

lagu yg Nurse nyanyi?
ya yg 2 3 minggu lepas kan.. lupa tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 07:55 AM | Show all posts
ipes2 replied at 22-11-2023 05:43 AM
oh gitu...
dia nyanyikan balik lagu org ye, ie dia nyanyi sebagai cover la kan?
eh itu ok je kak j ...

Mula2 dulu mmg dia popular dengan lagu2 cover ni sbb masa tu lagu2 tu esp lagu2 penyanyi Indonesia tgh ngetop kat Mesia.

Apapun saya suka lagu dia Mengemis Rindu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 08:10 AM | Show all posts
Tak payahlah buat konsert. Sekarang ni kan banjir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 22-11-2023 02:25 AM
Baik diam ajelaa.. acik acik forem tgh tajamkan pensil nak hempuk ko.. ngaku ajelaa salah.. senang.. ...

Kesahhh patutle murong


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang-Sibok replied at 22-11-2023 08:14 AM
Kesahhh patutle murong

Siap buat sidang media.. siap gaduh dgn retis nama ape tahh sbb retis tuu kata bungalow tu tipuu.. tp dia totap purcayeeeeee dan ade lee tekak dlm sidang media tuuu.. sbb batak bungalow buniam tuuu hahaha.. rm10 dpt bungalow.. celah manaa weiii
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 22-11-2023 05:02 AM
Noraniza Idris ini adalah penyanyi zaman sy masih di malaysia.. tetapi kenapa tidak dilistkan album2 ...

Gigih doc ipes mencemar duli dtg ke pondok noraniza idris hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 22-11-2023 05:23 AM
Dia byk buat lagu ciplak je Doc.....
Lagu org dia nyanyi balik.....
Mcm lagu indon yg nurse kita n ...

Hahahaha. Nasib baik tak pekak nooo... Pasti noraniza bangga ade jugak manusia minat sore diaaaa... Hahaha..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.654450 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list