CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4910|Reply: 36

[Politik] Sokongan rakyat kepada PAS sudah tepu- Muhyiddin

  [Copy link]
Post time 21-11-2023 12:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 22-11-2023 02:20 AM




Jika anda penyokong, apa lagi ahli PAS, anda pasti tidak setuju dengan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional merangkap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin bahawa sokongan rakyat kepada PAS sudah “tepu”
sebelum ia bergabung dengan parti pimpinannya bawah PN yang melonjak kedudukan PAS pada PRU15.

Mengambil contoh sebelum PRU November lalu, Muhyiddin berkata PAS yang bergerak solo tidak merekodkan jumlah kemenangan majoriti besar seperti dinikmati sekarang dengan adanya PN.


Ayuh imbas kembali secara ringkas sejarah pembabitan PAS dalam temasya demokrasi negara.


Pencapaian atau kerajaan itu mencetuskan istilah “gelombang hijau” mengambil warna hijau PAS yang memberi erti kemaraan parti itu dalam arena politik tanah air. Tidak dinafikan Bersatu tidak senang dengan istilah itu kerana bagi mereka kejayaan dicapai hasil kerjasama PAS dengan mereka. Dalam lain perkataan Bersatu mahu PAS tahu mereka juga adalah penyumbang kepada kejayaan dicapai setakat ini.


Pada pandangan saya mungkin itu sebabnya Muhyiddin bercakap mengenai sokongan “tepu” PAS sebelum PN wujud. Saya lihat itu satu peringatan oleh Muhyiddin kepada PAS bahawa kejayaan yang mereka nikmati sekarang tidak akan diperoleh tanpa kerjasama Bersatu menerusi PN.


“Mereka (PAS) tak boleh sendirian …boleh tetapi kesannya tak sebegini (menang besar) contoh dalam PRU lepas majoriti mereka biasa 10,000 ke 15,000 undi tetapi (presiden PAS) Hadi (Awang) contohnya sampai 40,000 undi,” kata Muhyididn dalam temu bual bersama FMT disiarkan semalam. (Sila rujuk laporan FMT bertajuk Sokongan PAS ‘tepu’, tak menang besar tanpa PN, kata Muhyiddin).


Ada benarnya apa dikata Muhyiddin jika dilihat kesan PAS bertanding solo sepanjang pembabitan parti itu dalam pilihan raya negara seperti dihurai tadi. Lazimnya ia mencapai kejayaan apabila menjalin kerjasama dan menganggotai sesuatu gabungan politik baik dengan APU, BA, PR mahupun PN.


Namun, dalam konteks PN, tidak dinafikan ramai dalam kalangan PAS yang percaya parti mereka berada pada tahap kekuatan hebat yang membolehkan ia berdiri teguh tanpa tongkat, bergerak tanpa bantuan. Hakikatnya PAS lebih kuat daripada Bersatu. Tidak boleh disalahkan jika orang menggelar PAS, “the big brother” dalam PN. Itu bagi saya realitinya. Tanpa PAS, PN dengan Bersatu dan Gerakan tidak ke mana.


PAS sememangnya mahu memerintah negara. Hasrat ini bukan rahsia. Sama ada bersendirian atau tidak itu persoalannya. Tetapi jika bergabung pun PAS mahu menerajui gabungan yang memerintah. “PAS wants to lead”. Tidak dinafikan juga ahli PAS sememangnya melihat Hadi, pemimpin yang mempunyai ciri seorang perdana menteri.


Oleh itu, boleh difahami Muhyiddin mengeluarkan “peringatan” kepada PAS Bersatu pun ada jasanya lalu jangan dilupai. Apatah lagi mengambil kira perkembangan empat Ahli Parlimen Bersatu menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang “mengecilkan” kekuatan partinya di Parlimen.


Kesediaan Anwar menerima PAS dalam kerajaan perpaduan juga boleh menyukarkan Muhyiddin walaupun PAS “tidak berminat”. Apa tidaknya kerana tiada yang mustahil dalam politik.


Pun begitu kata Muhyiddin: “Bagaimana mereka nak ke sana, puak-puak tu bukan sehaluan dari segi ideologi dan pegangan agama berbeza.”


Adakah itu satu keyakinan? Atau satu pengharapan?


https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2023/11/20/pas-tepu-tanpa-pn-setuju-atau-tidak/











Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 39 Users voted

Count down: 189 Days12 Hours43 min.

Your User group have no permission to vote
PN, PAS, walaun, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN, PN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2023 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 21-11-2023 01:04 AM

Muhyiddin tgh ada masalah ngan PAS ke? Ni mesti sbb pas dh join mahathir kan. Masa protes palestin anjuran pas kt dpn kedutaan us tu ari pun x nmpk wakil bersatu. Mukhriz ada pula. Zahid pula tgh sakit. Btw tgk gambar ni teringat najib dulu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan rusdi dgn sharon paul tadi.


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 21-11-2023 12:59 AM
Muhyiddin tgh ada masalah ngan PAS ke? Ni mesti sbb pas dh join mahathir kan. Masa protes palestin a ...

Fadhilah jadi org no. 1 sekarang?


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 21-11-2023 01:01 AM
Fadhilah jadi org no. 1 sekarang?

Ohh lupa pula ada TPM2
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 01:19 AM | Show all posts
Walaon Perwira2022 tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2023 01:51 AM | Show all posts
hehehehe

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya lah kan... dulu2...dulu lah kan...Pas rajin collect duit derma guna tin Milo. Skrg dah takde. So mana Pas dapat duit skrg?
Midin...menantu dah balik lom? Ada hati nak berkuasa lagi...tanya pasal belanja masa darurat pun kau pengecut mencicit lari keluar dewan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2023 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 21-11-2023 02:12 AM
Nak tanya lah kan... dulu2...dulu lah kan...Pas rajin collect duit derma guna tin Milo. Skrg dah tak ...

Collect derma guna qr code kot.

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 21-11-2023 02:12 AM
Nak tanya lah kan... dulu2...dulu lah kan...Pas rajin collect duit derma guna tin Milo. Skrg dah tak ...

Iols nk wat spekuan dpt dana dari muhyiddin. Tp skang kan dana bersatu dh kena beku. So sumber kewangan beralih pd kem tun mahathir kot.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 21-11-2023 02:12 AM
Nak tanya lah kan... dulu2...dulu lah kan...Pas rajin collect duit derma guna tin Milo. Skrg dah tak ...

dah tukar ke tin tamar koko... milo kan israel punya,kena boikot
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Pas nak kawin baru?


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Pas ni setakat boleh jadi barua/  parti tunggangan je.
Sokongan macai/ fanatik memang dah cukup kuat. Tapi bodoh masih nak berpaut kat parti lain.
Mungkin rasa cukup dah kot dapat elaun/pencen ahli politik. Perjuangan teras tolak tepi
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 08:29 AM | Show all posts
PAS ni berapa kali dah kena talak...tak serik2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 08:37 AM | Show all posts
adm7 replied at 21-11-2023 08:04 AM
Pas ni setakat boleh jadi barua/  parti tunggangan je.
Sokongan macai/ fanatik memang dah cukup kuat ...

parti asal selamat?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 08:38 AM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 21-11-2023 08:29 AM
PAS ni berapa kali dah kena talak...tak serik2.

fefeeling hot gitu sis


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2023 09:01 AM | Show all posts
kena paham, PAS ni ibarat janda gersang yg berapa kali diceraikan suami berlainan...bukan salah batang suami, tapi lobang PAS dah semakin besar, longgar dan loose...takleh nak berubat dah, plastic surgery pun tak jalan
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Masuk sini nk tumpang gelak je la.
Pas pis pus ni ikotkan ramai pyokong tp tak de leader yg boleh lead. Harap kt mb ganu je la tu yg bagus. Hat lain tu hampehh.
Parti yiddin ni dh selow2 boleh kambus la. Parti2 lain dlm mesia ada wakil jd mb/km negeri. Bersatu je tarak wakil yg jadi mb/km. Ekekekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 10:11 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2023 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kelapaparut at 21-11-2023 01:00 PM

ok, iols kne beli pop corn..tp imho, bersatu kne berdiri dgn kaki sendiri la. pas kne dibiar sorang2, manakala bersatu dgn gerakan kne jd blok ketiga yg kuat, jd alternatif utk rakyat malaysia xkire cine india melayu. Sbh srwk boleh terima bersatu tp xleh terime pas. kalu nak bercerai pun kne bercerai skrg sbb pru jauh lg, jgn last minute dkt2 pru nak bercerai mmg kne hukum dgn rakyat la.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.314120 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list