CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4724|Reply: 6

[Tempatan] Komuniti Melayu Champa buat aduan polis ke atas wanita warga Kemboja hina Melayu

[Copy link]
Post time 19-11-2023 07:55 PM | Show all posts |Read mode
Komuniti Melayu Champa buat aduan polis wanita hina Melayu

https://www.bharian.com.my/berit ... -wanita-hina-melayu

Oleh Izz Laily Hussein - November 19, 2023 @ 7:49pm
[email protected]


Kira-kira 20 komuniti Melayu Champa, Kemboja hadir membuat laporan polis berhubung kenyataan dibuat seorang wanita yang menghina Melayu di Balai Polis Ulu Tiram hari ini. - Foto NSTP/Izz Laily Hussein

JOHOR BAHRU: Persatuan Melayu Champa Johor Bahru tidak bersetuju dengan kenyataan seorang wanita warga Kemboja yang juga pemilik sebuah perniagaan di daerah ini mendakwa orang Melayu malas, baru-baru ini.

Seorang peniaga di Kota Tinggi, Mohamad Nasir Razali mewakili komuniti Melayu Champa, Kemboja di daerah ini berkata kenyataan dibuat wanita berkenaan dilihat bersifat rasis.

"Kami ingin menegaskan apa yang dikatakan oleh wanita itu sangat rasis dan menggangu keharmonian bangsa di Malaysia.

"Kami juga ingin menegaskan bahawa kenyataan wanita itu bukan mewakili komuniti Melayu Champa, Kemboja di sini dan seluruh Malaysia," katanya.

Mohamad Nasir ditemui selepas hadir bersama kira-kira 20 komuniti itu membuat laporan polis berhubung kenyataan dibuat wanita berkenaan di Balai Polis Ulu Tiram di sini, hari ini.

Sementara itu, wakil Persatuan Melayu Champa Ulu Tiram yang juga seorang peniaga, Zulkifli Zakaria berkata, komuniti itu menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas individu berkenaan.

"Kami tidak boleh terima kenyataan dibuat wanita itu. Kami bimbang kata-katanya itu boleh menyebabkan keharmonian komuniti kami di negara ini terjejas dan memburukkan imej kami sekali gus mengancam ketenteraman bangsa kami di Malaysia," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi satu minit tujuh saat menunjukkan seorang wanita sedang mengadakan penstriman langsung di dalam sebuah gedung pakaian muslimah.

Difahamkan, wanita itu adalah pemilik gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai dekat sini.

Menerusi rakaman video berkenaan, wanita terbabit mengakui dirinya adalah seorang warga Kemboja yang sudah lama menetap di negara ini.

Dia mendakwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas.

Namun, di akhir rakaman video berkenaan wanita itu menyatakan dia hanya bergurau dan berkata orang Melayu atau Kemboja tiada beza.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2023 08:05 PM | Show all posts
mungkin kerana dia terpaksa bekerja jauh lebih keras berbanding orang tempatan, dan ini bukan bermakna dia lebih rajin atau orang tempatan lebih malas; tetapi lebih kepada keadaan setempat
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Hantar jelah balik diorang ni semua...Champa bukan Rumpun Malayik.

Dayak tu baru betul Rumpun Malayik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Champa bukan Rumpun Melayu.

Champa dalam Rumpun Cham-Aceh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 12:16 AM | Show all posts
Takut kena boikot ke... Diorang ni banyak berniaga.

Melayu rajin bersepah, cuma dia tak kerja ngan ko bingit mulut busuk. baik yang rajin2 ni kerja tempat lain, bersepah yg nak ambil
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak betul jenis bangsa kat tanahair ni. Melayu Kedah la..melayu Champa laaa..tak sama ke dua ni? Semak weh... Balik la kawasan masing-masing. Champa ka Bugis ka Jawa ka..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2023 12:32 AM | Show all posts
Edited by capwayang at 20-11-2023 12:33 AM

..ye la! Dah lama dah depa ni try kickstart buat bisnes kat sini untuk baiki ekonomi dan taraf kehidupan, berjaya dan jadi kaya pula tu. Kalau dah more than a decade - first rule kalau kuang haja sila berambus la jawabnya. Jangan la bagi pr ic merah bagai - galakkan depa kickstart kat negara sendiri pula la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.355609 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list