CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15572|Reply: 0

[Kedah] Penduduk berarak 3 kilometer demi Palestin

[Copy link]
Post time 18-11-2023 08:21 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk berarak 3 kilometer demi Palestin

oleh NURUL HIDAYAH HAMID   
18 November 2023    06:41pm








Kira-kira 2000 penduduk berarak sejauh tiga kilometer dalam Program ‘Walk with Palestin’ sekitar Masjid Al-Ummah Telok Chengai Jalan Kuala Kedah, di sini, pada Sabtu.



ALOR SETAR - Kira-kira 200 penduduk terdiri dari pelbagai peringkat umur berarak sejauh 3 kilometer (km) dalam Program ‘Walk with Palestin’ sekitar Masjid Al-Ummah Telok Chengai Jalan Kuala Kedah, di sini, pada Sabtu.

Pengerusi Masjid Al-Ummah Telok Chengai, Mohd Nazimi Zaim Ismail berkata, perarakan secara aman itu dilakukan demi membangkitkan kesedaran dan menyatakan kepedulian masyarakat Islam khususnya di Kuala Kedah terhadap rakyat Palestin.



Beliau turut berharap perarakan terbabit menimbulkan rasa syukur dalam diri umat Islam atas nikmat keamanan dan kedamaian dimiliki dan dikecapi selama ini.

"Kesemua peserta termasuklah kanak-kanak tidak melepaskan peluang berjalan kaki beramai-ramai sambil melaungkan pembebasan Palestin.


"Jadi, kita harap ia dapat memupuk kesedaran terhadap masyarakat dari peringkat awal tentang pejuangan rakyat Palestin itu," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata, selain perarakan, program itu turut dimeriahkan dengan aktiviti seperti ceramah, solat hajat berjemaah beramai-ramai, jualan amal untuk Dana Palestin, pertandingan mewarna kanak-kanak, memanah serta demostransi silat.



Sebahagian peserta mengambil bahagian dalam Program ‘Walk with Palestin’ sekitar Masjid Al-Ummah Telok Chengai Jalan Kuala Kedah, di sini, pada Sabtu.




Mohd Nazimi berkata, beliau berharap kutipan derma dilakukan dapat disalurkan kepada rakyat Palestin, sekali gus membantu saudara Islam di bumi Palestin itu.




"Di peringkat masjid, kami telah mengumpul dana sebanyak RM6,000 sebelum ini, malah hari ini kita turut membuat kutipan untuk diserahkan kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Sebelum itu, program Walk With Palestin itu dianjurkan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) Cawangan Kota Setar dengan kerjasama beberapa pihak termasuklah Masjid Al-Ummah Telok Chengai, Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kuala Kedah dan GPMS Kuala Kedah.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.060312 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list