CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11780|Reply: 1

Wanita Sambut Hari Jadi Tikam Kekasih Sebab Tengok Perempuan Lain

[Copy link]
Post time 16-11-2023 10:04 PM | Show all posts |Read mode
Bangkok: Seorang lelaki Kemboja cedera ditikam oleh kekasihnya pada sambutan ulang tahun kelahiran wanita itu hanya kerana dia  merenung seorang gadis lain dalam kejadian, lapor portal berita The Pattaya News hari ini.


Polis menerima laporan kira-kira pukul 2.30 pagi semalam (waktu tempatan) dan bergegas ke sebuah kediaman di daerah Banglamung, Chonburi.


VIN ditemui cedera selepas ditikam oleh kekasihnya di sebatang jalan di Banglamung, awal pagi semalam. - Foto The Pattaya Daily News





Setiba di lokasi tersebut, pihak berkuasa menemui kesan darah dan pisau dapur sepanjang 20 sentimeter.


Terdapat tanda pergelutan antara mereka berdua di  kediaman tersebut dan kek hari lahir untuk kekasihnya yang hanya dikenali sebagai Joy itu  terjatuh di atas lantai.


Lelaki yang cedera dikenali sebagai Vin, 34, dan ditemui terbaring di atas sebatang jalan dengan kesan tikaman di dada dan pergelangan tangan kiri mangsa.


Menurut seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Solaa, 25, pertengkaran tercetus antara Vin dan teman wanitanya yang juga warga Kemboja semasa majlis hari jadi wanita berkenaan.


Pertengkaran bermula apabila Vin dilaporkan merenung wanita lain, menyebabkan situasi tegang dan pertengkaran fizikal dengan teman wanitanya. Lelaki itu keluar dari kediaman tersebut untuk menyelamatkan dirinya selepas ditikam.


Namun, dia ditemui di sebatang jalan dan diberikan pertolongan cemas awal oleh anggota-anggota penyelamat sebelum dihantar segera ke sebuah hospital dan masih dirawat sehingga kini.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2023 02:42 PM | Show all posts
dah penah ada kes ni..tunggu masa jer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.094753 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list