CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11974|Reply: 8

Wanita Curi Barang Rumah Milik Teman Lelaki Sebab Enggan Kahwin

[Copy link]
Post time 15-11-2023 10:37 PM | Show all posts |Read mode
Ampang Jaya: Berang kekasih enggan berkahwin, seorang wanita disyaki mencuri pelbagai barangan rumah milik teman lelakinya itu dianggarkan bernilai RM30,000.


Difahamkan, wanita berusia 37 tahun itu menumpang di pangsapuri teman lelakinya di Pandan Perdana di sini, sebelum dia melarikan diri bersama barangan berkenaan, kira-kira dua bulan lalu.






Bagaimanapun, perbuatan suspek itu membawa padah apabila dia berjaya ditahan polis, semalam.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis menerima laporan daripada lelaki berusia 54 tahun, 16 September lalu.


"Berdasarkan laporan, pengadu mengesyaki teman wanitanya membawa keluar beberapa barangan elektrik dan basikal dari rumah tanpa kebenaran pengadu membabitkan kerugian RM30,000.


"engadu ada menghubungi suspek dan dia mengaku mengambil kesemua barang berkenaan serta enggan memulangkannya semula," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Bertindak atas laporan, Mohd Azam berkata, sepasukan polis yang menjalankan siasatan berjaya menahan wanita terbabit di sebuah rumah di Kuala Lumpur kira-kira 1 pagi semalam.


Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barangan elektrik dan basikal yang disyaki dicuri.


Katanya, semakan mendapati suspek yang juga penganggur itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.


"Siasatan awal mendapati berlaku selisih faham antara pengadu dan suspek apabila suspek mengajak pengadu berkahwin. Suspek keluar rumah dengan membawa bersama barang milik pengadu," katanya.


Kata beliau, suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Curi sikit2 dah la.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 08:57 AM | Show all posts
Saikonya pompuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan muda remaja rupanyaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
bapak dgn anak gula ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
couple andartu+antertu ke skandal laki org?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2023 11:03 AM | Show all posts
pasangan bangka dah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2023 08:09 AM | Show all posts
Edited by nolya at 17-11-2023 08:11 AM

Dua-dua  dasar 'pencuri'.  Sorang pencuri hati, sorang lagi mencuri barang2 materi.
Mencuri barang boehlah dipulangkan, ko dah curi hati dia, dptkah dipulangkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2023 05:01 PM | Show all posts
Kenapa sampai nak curi? Banyak pulak tu (-_-) . Angkut guna lori ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.210783 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list