CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7746|Reply: 2

Bank kini bersaing dengan platform pembayaran bukan bank

[Copy link]
Post time 15-11-2023 08:41 PM | Show all posts |Read mode
Bank kini bersaing dengan platform pembayaran bukan bank


Apurva Sanghi.


Subang Jaya: Industri perbankan kini menghadapi saingan daripada platform pembayaran yang sebelum ini tidak bermula sebagai bank atau platform pembayaran, kata Ketua Ekonomi Bank Dunia Apurva Sanghi.

Mengambil contoh Grab, yang kini menjadi bank digital pertama diluluskan beroperasi di Malaysia, dan Gojek di Indonesia, yang kedua-duanya bermula sebagai aplikasi e-panggilan, katanya.

Beliau berkata platform ini kini bergerak pantas ke bidang perbankan konvensional dengan memanfaatkan data sebagai cagaran dan seterusnya mengganggu perbankan.

"Platform ini jauh lebih pantas dan murah berbanding bank konvensional.

"Kita semua dapat melihat faedah daripada persaingan itu seperti yuran pertukaran berkurangan, kos kiriman wang juga menurun, malah SWIFT juga telah mengurangkan yuran permesejannya," katanya dalam ucap tama pada Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan Institut Kepemimpinan dan Strategi Asia (ASLI) 2023 di sini semalam.

Beliau berkata ancaman gangguan lain yang dihadapi oleh bank adalah daripada bank pusat dalam bentuk Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC).

"CBDC pada asasnya adalah tunai digital tetapi disediakan terus oleh bank pusat kepada rakyat.

"Ini mengganggu kerana ia membawa kepada menarik perantaraan dengan menarik keluar deposit daripada sistem perbankan dan dengan meletakkan bank pusat selangkah lebih dekat dengan rakyat dan mungkin mencairkan peranan 'bank-of-all-bank' mereka," katanya.

Sidang kemuncak itu dianjurkan bersama oleh ASLI, Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-SDSN) dan Sunway University.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... mbayaran-bukan-bank

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 01:35 AM | Show all posts
layanan fintecth berkembang sangat hebat dalam jasa pembayaran, penyimpanan dan memanglah sudah mewakili fungsi fungsi bank. artikel finance terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 02:45 PM | Show all posts
anglingdharma replied at 22-11-2023 01:35 AM
layanan fintecth berkembang sangat hebat dalam jasa pembayaran, penyimpanan dan memanglah sudah mewa ...

ewallet masa sekarangpun bagus dan serba bisa, cashless  dan boleh bayar banyak macam invoice juga boleh terima wang juga dari mana mana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.047995 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list