HANTARAN di akaun TikTok peribadi milik Iffah Danisha yang memohon maaf.
PETALING JAYA: Pemilik akaun TikTok yang menularkan video kononnya seorang pemandu bas wanita bercumbuan dalam kenderaan awam yang dipandunya memohon maaf dan mengakui video itu tidak benar.
Pemilik akaun bernama Iffag Danisha itu membuat permohonan maaf di akaun miliknya setelah video yang dimuat naik membabitkan dua pemandu bas berkenaan tular sehingga ke platform media lain.
Katanya, dia mengaku salah dalam menyiarkan video tersebut tanpa kebenaran pemandu bas terlibat dah menyedari dia seharusnya berhubung dan membuat laporan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan.
“Tuduhan bercium seperti yang disebut di dalam hantaran saya itu tidaklah benar. Khilaf saya kerana tidak memastikan kejadian tersebut adalah benar atau tidak.
“Saya mengaku telah melakukan banyak salah faham dan kekeliruan ke atas ramai pihak,” katanya dalam satu hantaran di akaun TikTok peribadinya.
Susulan permohonan maaf itu, Iffah telah memadam segala hantaran berkenaan perkara tersebut dan meminta agar pihak-pihak lain yang berkongsi video itu untuk melakukan perkara sama.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada pemandu bas tersebut. Saya mohon maaf atas kekhilafan saya,” katanya. – UTUSAN
bagi dia borang keahlian pas aka borang kemasukan syurga
perangai dia sejibik cam walaunta dan walauntit juga pemimpin mereka
FITNAH DULU MAAF MUDIAN.....
Post time 16-11-2023 12:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Saman jgn bg muka. Penyebar Dan pembuat fitnah harus dihukum. Aku rs driver bas tu x sebodoh tu nak buat bnd jahat dlm situasi bas penuh dgn passenger.
Post time 16-11-2023 12:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
saman je. alang2 berani sgt nk rakam biar la nmpak bijak sikit pergi la rakam dpn2 dpt nmpak ape yg pemandu tu buat. tnjuk bnda tak jelas pastu tabur fitnah buka ruang utk org mngeji. nasib baik ade penumpang lain yg berani ke dpn cerita hal sbenar.