|
BEIJING – Seorang wanita mendedahkan bekas suaminya yang tergamak meninggalkan anak mereka berusia lima tahun di dalam kereta selama berjam-jam, semata-mata menyertai acara larian maraton.
Oddity Central melaporkan, dalam satu hantaran di media sosial, Zhao yang tinggal di wilayah Hunan, China berkata, obsesi bekas suaminya untuk berlari maraton akhirnya meruntuhkan rumah tangga mereka.
Menurut Zhao, kejadian itu diceritakan sendiri oleh anak perempuan mereka.
Gambar Hiasan
Kanak-kanak itu berkata, bapanya membelikan sarapan pagi, memberi telefon bimbit kepadanya untuk hiburan dan menguncinya di dalam kereta untuk menyertai acara maraton.
Selepas menghadapi kecaman orang ramai, lelaki bernama Peng itu mengaku dia meninggalkan kanak-kanak tersebut di dalam kereta.
Dia bagaimanapun mempertahankan tindakannya dengan mendakwa bahawa jarak larian adalah singkat sebelum dengan pantas kembali kepada anaknya.
“Saya hanya berlari 1.5 kilometer, kemudian kembali ke kereta dan mendapati dia (anak) sedang tidur,” katanya. –CARI
Sumber: Kosmo |
|