View: 7741|Reply: 28
|
Bekas Isteri AC Mizal Berjaya Didik Anak-Anak Jadi Cikgu
[Copy link]
|
|
Bekas isteri Datuk AC Mizal, Shafnie Zainudin gembira kerana mendapat menantu apabila anak keduanya selamat bergelar suami pada 11 November lalu dalam satu majlis akad nikad di rumah pengantin perempuan di Ipoh.
Shafnie, 47, berkata tangisan anaknya iaitu Shabil Iman, 24, seperti yang tular di media sosial pada majlis akad nikah disebabkan hadirnya rasa sayu bergelar suami selain permulaan untuk melangkah kehidupan baharu.
Foto: mstar
"Biasalah suasana majlis pernikahan, emosi seorang ibu dan anak memang akan sebak dan sayu. Sebab nak melangkah ke alam kehidupan barukan?
"Tapi ia lebih kepada tangisan bahagia... anak pula sebak kerana dia paling rapat dengan akak (Shafnie)," katanya ketika dihubungi mStar.
Ia sekaligus menepis kata-kata sinis di media sosial kononnya pengantin lelaki menangis disebabkan bapa kandung tidak muncul pada majlis istimewa itu.
Kata Shafnie anaknya berkerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta namun dia tidak mengetahui lanjut mengenai percintaan mereka.
Foto: mstar
"Kisah cinta mereka saya tak tahu sangat sebab bila dah betul-betul jadi (nak kahwin) baru mereka jumpa saya," ujarnya.
Shafnie turut memberitahu dia juga mempunyai seorang cucu apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Shafiq Iman, 27, yang juga seorang guru berkahwin pada tahun lalu
Meskipun anak-anaknya telah mendirikan rumah tangga, dia tidak berasa sunyi kerana mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinannya selepas berpisah dengan AC Mizal.
Apabila kisahnya kembali menjadi bualan, Shafnie yang juga bekas model dan pengacara TV berkata, dia agak terkejut mengenai perkara itu memandangkan dia telah lama meninggalkan dunia hiburan.
Foto: mstar
"Saya sebenarnya hairan juga apabila tiba-tiba ramai yang nak tahu fasal kehidupan kami. Saya bukan selebriti dan hanya orang biasa sahaja.
"Saya agak terkejut ramai yang buat akaun (media sosial) palsu tapi, biasalah netizen. Ramai juga yang doakan baik-baik untuk kami.
"Harap benda lepas jangan diungkit sebab masing-masing ada kehidupan sendiri, begitu juga anak-anak," kongsinya.
Bercerita mengenai kesihatan dirinya, Shafnie yang menghidap leukemia memberitahu dia masih lagi menerima rawatan dan penyakitnya itu berunsur pulih.
Untuk rekod, Shafnie dan AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 51, berkahwin pada 24 Jun 1995 dan bercerai pada 17 Oktober 2001 dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan tersebut.
Shafine kemudian kembali berumah tangga pada 2014 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia lapan tahun sementara AC Mizal pula bahagia dengan bekas model iaitu Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid. -CARI
Sumber:mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Kuat betul gene si acgelang ye.. anak dengan tinted je yg rupa tinted level saman jpj. |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa mak depa di usia 47 tahun...selamat pengantin baru buat anak kedua & isteri.....bila dah pernah berada dlm situasi si bapa bercerai dengan mak....anak2 diberi didikan dgn baik....In Shaa Allah anak2 boleh membina keluarga sendiri dgn lebih baik
Moga bahagia sampai Jannah....Amiinn |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sabar nak tengok anak2 ritrud besar pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah kedua2 anak menjadi pendidik. Semoga baik2 sahaja buat keluarga Shafnie. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg ac langsung lupa anak2 yg ni ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Bihungoreng replied at 14-11-2023 06:07 PM
Mmg ac langsung lupa anak2 yg ni ke??
Sepanjang berbelas tahun aku main forum, x pernah lagi naik cerita ac berbaik2 ngan anak2 dr 1st wife. Yg ada cerita dia culas bab nafkah anak. + kalau perasan, kalau dia cerita bab anak2, dia cuma bgtau jumlah anak yg dia ada dgn tinted tu aje. Yg 2 org lagi ni langsung dia x pernah sebut. |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 selebriti ni walaupun cabaran kehidupan dorg mgkn lebih sikit sbb mak pak dikenali, means kalau mak pak ada buat silap lebih mudah utk jd kecaman sasaran masyarakat. So benda ni berbalik kpd mcm mana mak/ayah urus anak dorg kan, waktu pembesaran tu yg penting utk jaga emosi dan tindakan anak2 spy x terbabas... mcm anak wan norazlin tu siap wat medic UM lg.. kira hebatlah |
|
|
|
|
|
|
|
kuzaime replied at 14-11-2023 08:23 PM
Sepanjang berbelas tahun aku main forum, x pernah lagi naik cerita ac berbaik2 ngan anak2 dr 1st w ...
Rasanya pernah keluar news AC ada bawak anak2 dia yang ni jumpa anak2 dia dengan tinted. Tapi tak tau la berapa kali. Agaknya sekadar nak kenalkan yg diorang dah ada adik2 baharu. Tapi tu pun masa diorang kecik2 lagi, rasanya time Shafnie tengah fight bab nafkah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bihungoreng: Mmg ac langsung lupa anak2 yg ...
Paling xleh lupa tgok live af dulu dia jwb dh kawen ,anak dh 2 padahal masatu 2 dgn tinted... Yg lg 2 ni ank sape bahalol? Gituh terpacul dr mulut pkcik i |
|
|
|
|
|
|
|
Canteknya Shafnie.
Harap pakcik gelang dan bini hidung terjepit takkan merasa tahap ketenangan dan kebahagiaan bekas bini dan bekas anak2. |
|
|
|
|
|
|
|
miss_perfect replied at 14-11-2023 08:30 PM
Rasanya pernah keluar news AC ada bawak anak2 dia yang ni jumpa anak2 dia dengan tinted. Tapi tak ...
X ingat pulak bab ni yg paling aku ingat, dia asik mention pasal anak2 dia dgn tinted aje. Berbeza betul ngan esma daniel tu. Kalau ada yg tanya pasal anak, dia bgtau aje brapa total anak dia ada termasuk anak dgn 1st wife. |
|
|
|
|
|
|
|
miss_perfect replied at 14-11-2023 08:30 PM
Rasanya pernah keluar news AC ada bawak anak2 dia yang ni jumpa anak2 dia dengan tinted. Tapi tak ...
Rasanya x pernah pun, kot ada jumpa nanti kita tanya betul ke
|
|
|
|
|
|
|
|
kuzaime replied at 14-11-2023 10:17 PM
X ingat pulak bab ni yg paling aku ingat, dia asik mention pasal anak2 dia dgn tinted aje. Berbe ...
Ada you... Berita tahun 2014. Bila benda dia buat tu baik, mestilah dia kena uar-uarkan pada media.
https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2014/11/04/ac-mizal-komen-anak
Siap bagitau anak2 dia tu mesra je dengan adik2 diorang
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
lyza2474 replied at 14-11-2023 10:28 PM
Rasanya x pernah pun, kot ada jumpa nanti kita tanya betul ke
Ada. Keluar kat mstar. Tapi tak tau la berapa kali je dia jumpa lepas tu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
miss_perfect replied at 14-11-2023 10:43 PM
Ada you... Berita tahun 2014. Bila benda dia buat tu baik, mestilah dia kena uar-uarkan pada media ...
Tq maybe pernah baca tapi mmg haremm langsung x ingat sbb yg nyata dia asik ckp anak dia ada 2 aje |
|
|
|
|
|
|
|
kuzaime replied at 15-11-2023 07:11 AM
Tq maybe pernah baca tapi mmg haremm langsung x ingat sbb yg nyata dia asik ckp anak dia ada 2 ...
Hahaha... I ingat sebab tu la sekali dia sebut dia dah baik dengan anak2 sebab macam rare gitu. Kira macam anomaly, sebab tu boleh ingat
Lepas tu balik2 dia cerita pasal anak2 dengan tinted je. |
|
|
|
|
|
|
|
Si gelang ni bg iols lg c3l4k4 dr solident
Anak dgn bini lama langsung x disebut |
|
|
|
|
|
|
| |
|