CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3623|Reply: 24

Penduduk PPR Berang Dua Lelaki Bakar Mercun Tak Berhenti-Henti Waktu Lewat Pagi

[Copy link]
Post time 14-11-2023 12:57 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Dua orang lelaki ditahan polis, padah membakar mercun pada lewat pagi di kawasan perumahan PPR Lembah Subang, Kelana Jaya, di sini.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 4.35 pagi.










“Sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian bersama dua buah unit kereta peronda (MPV).


“Setibanya di lokasi kejadian, didapati lebih 50 orang penduduk di perumahan tersebut berkumpul menunjukkan perasaan takut serta marah akibat bunyi mercun yang berterusan dilakukan sekumpulan individu terbabit.


“Anggota dan kenderaan polis yang berada di lokasi kejadian turut dilontarkan mercun oleh suspek tersebut namun tiada kecederaan pada anggota,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas Fakhruddin, hasil maklumat awam yang disalurkan, pihaknya berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 20-an dan semakan mendapati kedua-dua mereka mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah serta dadah.


Kata beliau, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama dua hari bermula hari ini sehingga esok.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955.


“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.-CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2023 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmtulah perangai sprt monyet mendapat bunga
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 01:21 PM | Show all posts


kali ni pulis tak bagi pulok amaran yer

masa hari raya hari tu, bukan main lagi amaran nya
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 01:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Xyah amaran, self-educate je. Tau org lain ada anak2 kecik, esok ada nk g kerja, dgn ko duduk kawasan org ramai, fhm2 jela. Apa sebab raya dia , so ada lesen besar nk main mercun pas kol 3 pagi. Tp sbb org ni pun ada rekod jenayah, faham2 jela tahap intelektual dia cmne.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 03:31 PM | Show all posts
Anatomi otak set2 neh agaknya berbeza daripada otak orang Asia Tenggara dan Asia Timur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2023 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 14-11-2023 01:15 PM
Mcmtulah perangai sprt monyet mendapat bunga

Siperti PATI dpt msk,tinggal,bekerja di Malezia la...Malezia vole la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
brego replied at 14-11-2023 01:21 PM

Itu laen bang..itu RAYA jer..kita worang punya...tada ckp pon...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2023 05:35 PM | Show all posts
melebihi 12 malam?? bukan diorang mmg mula tepat 00:00 ke??

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 09:25 AM | Show all posts
main kat kampung dengan main kat bandor lain. gema dia lain.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
esbok replied at 15-11-2023 09:25 AM
main kat kampung dengan main kat bandor lain. gema dia lain.

Btl sgt...dl ms kecik duk kg...setiap kali musim perayaan dah mcm perang..senyum sana senyum sini..polis dtg diam kejap lps tu sambung balik.. nak2 kat kg iolss ade yg gila isim tu duk berperang gan meriam buluh dia...sudahnye dah biasa musim perayaan je mcm perang..skrg rs sunyi pulak duk kwsn teres. X de bunyi dentam dentum...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 09:30 AM | Show all posts
lambat lagi ke polis Msia nak dipasang dgn body cam? nak tengok jugak cemana dia org handle mangkuk hayun mcm nih

kalau ada masa terluang, akak rajin layan bideo kat YT, tengok body cam polis di US vs Karens, polis kejar penjenayah, polis check rumah hoarders etc
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 09:31 AM | Show all posts
Skuau replied at 14-11-2023 04:01 PM
Siperti PATI dpt msk,tinggal,bekerja di Malezia la...Malezia vole la...

semuatu monyet ungka beruk
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 12:33 PM | Show all posts
ada dakwaan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 12:41 PM | Show all posts
few years ago meols pnh sewa satu unit service apartment...tingkat tinggi, tingkat 30 kot...meols bole nampak PPR across the highway...masa mlm new year, kemain kuat lagi bunyi mercun kat PPR, lepas tu lama plak...meols yg dok jauh nie pun terasa kuat bunyi, imagine org2 yg duduk kat PPR tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 02:34 PM | Show all posts
undang2 perlu kuat kuasakan utk semua bangsa tanpa mengira agama, darjat & pangkat.... dalam mimpi lahhh.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 15-11-2023 09:29 AM
Btl sgt...dl ms kecik duk kg...setiap kali musim perayaan dah mcm perang..senyum sana senyum sini. ...

Syukurnya kejiranan uols xde yg main mercun.


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 04:10 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 15-11-2023 04:41 PM

Nahhhh. Tengok, betapa puaka namampos main mercun dalam ruang blok bangunan sampai api terpercik sana sini kena koridor dan depan rumah pendudok.

Common sense ke lobang puaka laknat Segitiga Bermuda tuh! Puihhh!



Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 04:16 PM | Show all posts
kat balai cucuh mercun dalam seluar
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 15-11-2023 04:10 PM
Nahhhh. Tengok, betapa puaka namampos main mercun dalam ruang blok bangunan sampai api terpercik san ...

bodonya lahai, anak sape la tu.
men mercun ni kn dok jauh2 dahla bising benda berapi2 lak tu, drg ni xreti bahaya ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.418417 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list