CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2202|Reply: 0

[Sabah] Keahlian Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat cecah lebih 50,000

[Copy link]
Post time 13-11-2023 09:56 PM | Show all posts |Read mode


BELIAWANIS: Emmie (kiri) bersama pemimpin sayap Gagasan Rakyat pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Sayap Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berjaya merekodkan keahlian seramai 52,000 sepanjang lebih kurang tujuh bulan ditubuhkan.

Ketua Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat Emmie Martin Idang berkata, rekod keahlian itu membuktikan sayap Beliawanis semakin diterima dan dipercayai oleh kelompok wanita muda di negeri itu.

"Jika momentum ini berterusan, saya yakin sayap pergerakan beliawanis ini akan menjadi platform pilihan utama dalam agenda pemerkasaan wanita muda di Sabah tidak kira di kawasan-kawasan pedalaman mahupun di bandar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Sayap Beliawanis yang julung kali diadakan di sini hari ini.

Katanya, sayap yang baharu sahaja diwujudkan itu juga ingin melahirkan generasi wanita muda yang celik politik dan berdaya kempimpinan tinggi.

Menurutnya, ia selaras dengan arus pemerkasaan wanita yang semakin hari semakin lantang disuarakan oleh wanita muda di seluruh dunia.

Emmie turut yakin sayap itu akan menjadi platform pilihan utama dalam agenda pemerkasaan wanita muda di Sabah tidak kira di kawasan-kawasan pedalaman mahupun di bandar.

"Dalam kesibukan kita mengejar jumlah keahlian, janganlah kita leka dan beranggapan bahawa semuanya okay sahaja, tidak sama sekali rakan-rakan sekalian.

"Jika kita melihat analisa terkini, kaji selidik di Malaysia menunjukkan bahawa anak-anak muda dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun sudah muak dengan politik di negara kita.

"Kurangnya pengetahuan serta kesedaran tentang politik mereka sangat ketara apabila undi mereka dipengaruhi oleh keluarga atau kenalan-kenalan terdekat," jelasnya.

Dalam pada itu, Emmie berkata, pimpinan sayap parti itu menyeru semua ahli untuk bersama-sama pimpinan parti dan kerajaan negeri untuk mengenal pasti langkah intervensi yang sebaiknya bagi mengatasi masalah pengangguran khususnya di negeri ini.

"Sebagai contohnya, kerajaan negeri meluluskan sejumlah RM4.2 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) untuk 2023 bagi melaksanakan pelbagai program dan projek terutamanya berkaitan pembangunan wanita di Sabah.

"Kita perlu pastikan agar komposisi wanita muda juga tidak keciciran di dalam program-program yang dirangka ini berlandaskan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

"Ramai lagi wanita-wanita muda di luar sana yang masih tidak cakna berkaitan peluang untuk mereka menceburi sektor perniagaan dan keusahawanan," katanya.

Sementara itu, Emmie juga mahu program Beliawanis di peringkat bahagian dan cawangan dapat dilaksanakan dan terkait sama dengan program bersifat ilmiah, pembentukan jati diri serta perkongsian pengalaman bagi memastikan wanita-wanita muda ini mendapat panduan dan bimbingan yang diperlukan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.052292 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list