View: 1269|Reply: 0
|
4 Anggota Polis Trafik Dipuji, Bersihkan Saluran Tersumbat Di Lorong Motosikal
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Empat anggota polis trafik bertindak membantu membersihkan saluran tersumbat yang menyebabkan air bertakung di lorong motosikal di Kilometer 29.5 Lebuhraya Persekutuan, di sini, hari ini.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, dalam kenyataan hari ini, menzahirkan menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada empat anggota polis trafik berkenaan.
Tangkap layar video anggota trafik IPD Petaling Jaya membersihkan saluran tersumbat di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan. - Foto PDRM
Kenyataan itu memaklumkan, empat anggota polis trafik terbabit sedang menjalankan rondaan memantau kesesakan dan halangan lalu lintas sebelum melihat air bertakung di lokasi berkenaan.
"Empat anggota polis berkenaan dikenali Lans Koperal Nuri, Lans Koperal Denny, Lans Koperal Azri dan Konstabel Lastman.
"Ketika bertugas melakukan rondaan di lokasi berkenaan, empat anggota polis trafik itu membersihkan saluran yang tersumbat yang menyebabkan air bertakung.
"Ia bagi memastikan kelancaran lalu lintas kepada pengguna jalan raya lain di lokasi terbabit," menurut kenyataan terbabit.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
| |
|