CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10198|Reply: 0

[Pulau Pinang] Semua tindakan dilakukan secara profesional - Exco Agama

[Copy link]
Post time 12-11-2023 06:39 PM | Show all posts |Read mode
Semua tindakan dilakukan secara profesional - Exco Agama

oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN
    12 November 2023    06:04pm








Laporan Sinar Harian.



GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid mengulangi pendirian dan menegaskan tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menghalang individu tertentu menyampaikan kuliah agama di negeri ini.

Malah beliau yang juga Exco Agama Islam berkata, semua keputusan dilakukan secara profesional oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan tiada campur tangan beliau.



"Sama seperti yang dijelaskan sebelum ini, kenyataan saya jelas. Saya tak ganggu proses penguatkuasaan oleh pegawai.

"Semua dilakukan secara profesional oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pas Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri mempertimbangkan semula keputusan menyekat pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus daripada menyampaikan kuliah di negeri berkenaan.

Ketua Penerangannya, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berkata, pihaknya mengambil berat isu sekatan terhadap asatizah menyampaikan kuliah di Pulau Pinang dengan menggunakan alasan tauliah sedangkan selama ini, masjid dan surau hidup dengan pengimarahan sambil dipantau oleh pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.


Mohammad Fawwas yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, sekatan yang dibuat sebenarnya dilihat sangat berunsurkan politik terutamanya daripada pengajar yang dikatakan cenderung kepada parti politik pembangkang menggambarkan satu keputusan yang sangat membangkitkan kemarahan rakyat Pulau Pinang.

Pada 29 Oktober lalu, Dr Mohamad dalam satu kenyataan berkata, setiap larangan yang dikeluarkan adalah berdasarkan garis panduan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP).


“Hanya pihak masjid dan Pejabat Tadbir Agama Daerah yang mengetahui larangan kepada penceramah atau individu yang berkaitan dengan arahan pekeliling tersebut,” katanya.

Menerusi pekeliling yang dikeluarkan JHEAIPP pada 23 Oktober lalu memaklumkan penstrukturan semula kuliah dan penganjuran aktiviti ilmu di masjid serta surau negeri ini.









Pengarah JHEAIPP, Datuk Zulkifli Rashid berkata, semua penceramah atau pengkuliah yang hendak menyampaikan pengajaran di semua masjid dan surau di Pulau Pinang mestilah memiliki tauliah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri itu

Dalam masa sama, penceramah dan pengkuliah yang dijemput itu tidak mempunyai kontroversi terutama berkaitan akhlak, masalah khilafiah, politik kepartian dan seumpamanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.039512 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list