CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5947|Reply: 0

[Sabah] Sekitar 3,000 perwakilan, pemerhati akan menghadiri Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat, Isnin ini

[Copy link]
Post time 12-11-2023 03:39 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Nizam (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Carmen Meldan (duduk kanan), Barhul Sahibu (duduk kiri), Halil Ruffli (berdiri kiri), Lailawati Ahmad Bahrom (berdiri dua kiri), Halijah Din (berdiri tiga kiri), Musram Rakuman (berdiri tiga kanan), Tsabbit Aqdamana Abdul Mukti (berdiri dua kanan), Anna Bell Perian (berdiri kanan) dalam pertemuan itu.

KOTA KINABALU: Dijangka sekitar 3,000 perwakilan dan pemerhati daripada 74 bahagian seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menghadiri Persidangan Agung Tahunan (PAT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Isnin ini, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata Persidangan Agung itu merupakan persidangan julung kali selepas dipimpin oleh Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan beliau mengalu-alukan kehadiran semua perwakilan dan pemerhati ke persidangan berkenaan.

"Persidangan Agung ini akan bermula dengan persidangan sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis pada jam lapan pagi sehingga tengah hari yang akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

"Pada sebelah petang sekitar jam dua, Presiden Gagasan Rakyat akan menyampaikan ucapan dasar sulungnya yang pastinya dinantikan dengan penuh semangat oleh ahli-ahli parti.

"Amanat dan visi perjuangan yang akan diungkapkan oleh Presiden bakal menjadi azimat dan pedoman dalam mengharungi cabaran dalam gelanggang politik tanah air khasnya di Sabah.

"Menerusi PAT ini, akan dirumuskan hala tuju dan harapan Gagasan Rakyat sebagai parti yang mewakili suara rakyat Sabah, kini dan masa hadapan, " katanya.

Mengulas lanjut, Nizam memberitahu respon dan sambutan rakyat terhadap Gagasan Rakyat amat baik dan ia berkembang lebih pantas daripada yang dijangkakan.

"Sifatnya yang sederhana tetapi konsisten, bercirikan berbilang kaum tanpa dipengaruhi oleh sentimen kaum dan agama menjadikan Gagasan Rakyat diterima baik di seluruh Sabah.

"Perjuangan 'Sabah First' (Sabah Di Utamakan) sebagai salah satu landasan perjuangan parti adalah aspirasi rakyat Sabah demi kemakmuran negara Malaysia yang lebih adil, " katanya.

Menurut Nizam sambutan dan penerimaan misi Gagasan Rakyat, 'Rumah Kita, Kita Jaga' akan terus disemarakkan dan diperkukuhkan sebagai asas perjuangan, kerana ianya amat menyentuh hati rakyat.

Gagasan Rakyat katanya, akan terus memperkukuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama anggota parti-parti komponen GRS untuk terus menjadi pilihan rakyat Sabah pada pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

"Harap menerusi PAT ini, ia akan menyuntik semangat ahli di semua peringkat sebagai upaya memperkukuh parti dan menjadikan Gagasan Rakyat sebagai Suara Rakyat Sabah.

"Pencapaian dan kejayaan kerajaan perpaduan GRS PH plus yang dipimpin Hajiji sebagai Ketua Menteri, menjadi penanda aras Gagasan Rakyat mendapat sokongan rakyat Sabah.

Kehadiran Gagasan Rakyat bersama GRS adalah jawapan jitu kepada kehendak rakyat Sabah yang mahukan sebuah parti tempatan yang mewakili mereka dalam persada politik tanah air, " katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.049088 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list