CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5666|Reply: 0

[Sabah] Manfaatkan ilmu duniawi, ukhrawi di IPDAS

[Copy link]
Post time 12-11-2023 03:38 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Sebahagian mahasiswa yang hadir merakamkan gambar kenangan dengan Yazid yang mewakili Robert untuk merasmikan program Minggu Mahabbah Mahasiswa (MIMI) IPDAS.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik menyeru penuntut Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) supaya mengangkat darjat ilmu dan kebijaksanaan bagi membentuk nilai yang baik dalam jati diri masing-masing sepanjang menuntut di institut itu.

Jelas Robert ini kerana IPDAS diyakini setanding dengan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) lain serta mempunyai barisan pendidik berkomitmen tinggi yang giat melaksanakan pelbagai program dan modul untuk meningkatkan kualiti para mahasiswa.

Justeru beliau menyeru supaya semua mahasiswa yang terpilih bagi sesi kali ini untuk memanfaatkan ilmu duniawi dan ukhrawi di IPDAS, selari dengan keperluan global masa kini.

"Hal ini bukan sahaja untuk melahirkan mahasiswa yang mampan dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran hidup malah turut sejajar dengan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) serta selaras dengan konsep Malaysia Madani, " katanya.

Teks ucapan Robert dibacakan oleh Ketua Biro Pendidikan Dan Media Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor, Yazid Mohd Hasnan Tawik.


RASMIKAN: Yazid mewakili Robert merasmikan program Minggu Mahabbah Mahasiswa (MIMI) IPDAS.

Mengenai Minggu Mahabbah Mahasiswa (MIMI) IPDAS, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, program yang diadakan itu diyakini bukan sahaja dapat memberi pendedahan tetapi juga memberi kefahaman mengenai IPDAS terutama pelajar baharu.

"Program yang dilaksanakan ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi tetapi juga berupaya mewujudkan rasa mahabbah dan ta’awun sesama mereka untuk mencapai cita-cita.

"Saya berpendapat program ini sangat baik kerana ia memberi kesempatan untuk pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu sekali gus memberi gambaran awal mengenai proses pengajian di IPDAS.

"Saya difahamkan anak-anak diberi peluang yang begitu berharga untuk mengikuti pelbagai aktiviti menarik sepanjang program ini berlangsung.

"Selain diberi taklimat mengenai organisasi IPDAS, para pelajar juga didedahkan dengan pengisian yang mampu menggilap potensi dan bakat pelajar seperti aktiviti Riadah Bermodul dan Muhadharah, " katanya.

Robert yakin melalui aktiviti-aktiviti sepanjang Minggu Mahabbah Mahasiswa IPDAS para pelajar dapat meningkatkan kualiti diri sekali gus menjadi generasi unggul yang akan mencorak masa depan negara.

Beliau berharap mahasiswa dan mahasiswi terpilih dapat mengekalkan ukhwah serta meneruskan perjuangan sebagai mahasiswa IPDAS yang holistik dan berkemahiran tinggi untuk memacu pembangunan negara.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.589839 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list