CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5325|Reply: 0

[Sabah] 10 belia Sabah terima geran usahawan muda TUBE

[Copy link]
Post time 12-11-2023 03:26 PM | Show all posts |Read mode


BANTUAN: Ewon (lima kiri) bersama usahawan belia yang menerima geran TUBE.

KOTA KINABALU: Seramai 10 belia di negeri ini menerima geran bantuan Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 9.0 daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

Bantuan berjumlah sebanyak RM300,000 itu diberikan menerusi agensi di bawah KUSKOP iaitu SME Corp. Malaysia.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, agensi-agensi di bawah KUSKOP menyediakan pelbagai skim pembiayaan bagi membantu pembangunan usahawan belia di negara ini.

Katanya, skim berkenaan termasuklah Program TUBE dan Skim Pembiayaan Mobilepreneur yang dilaksanakan oleh TEKUN Nasional.

“Dalam Belanjawan 2024, program TUBE diberikan peruntukan sebanyak RM20 juta dan ia adalah inisiatif kerajaan bagi menggalakkan lebih ramai belia menceburi bidang perniagaan.

“Sasaran program ini adalah belia bumiputera berumur antara 18 hingga 30 tahun dan mempunyai minat dalam keusahawanan, khususnya yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Program Sesi Temu Mesra (Meet & Greet) bersama Alumni TUBE 2023 Sabah, di sini semalam.

Menurutnya, program TUBE secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan.   

Ewon berharap, melalui program ini dapat menggalakkan lebih ramai belia menceburi bidang keusahawanan, memiliki perniagaan sendiri seterusnya mencipta peluang pekerjaan.

“Penyaluran geran kepada peserta TUBE Sabah adalah yang tertinggi dan ini menunjukkan minat belia bumiputera Sabah dalam bidang keusahawanan semakin menyerlah.

“Sehingga kini seramai 7,738 peserta TUBE telah dilatih, manakala 1,157 telah berjaya mendaftarkan perniagaan mereka dan sebanyak 2,039 peluang pekerjaan telah diwujudkan,” katanya.

Selain itu, katanya, TEKUN Nasional juga mempunyai skim khusus untuk belia iaitu Skim TEKUN Belia Mobileprenuer.

Katanya, Belanjawan 2024 telah memperuntukan sebanyak RM10 juta bagi membiayai modal belia yang terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal dan platform digital.

“Peruntukan RM720 juta juga telah dikhaskan untuk menggalakkan golongan wanita dan belia menceburi bidang perniagaan,” katanya.

“KUSKOP akan terus komited dan responsif dalam usaha membantu golongan belia meningkatkan prestasi serta skala perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.055418 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list