CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4924|Reply: 0

[Sabah] KePKAS penaja utama Piala Triatlon Asia Kota Kinabalu tahun ini

[Copy link]
Post time 12-11-2023 03:23 PM | Show all posts |Read mode


SAMBUT: Christina disambut oleh Presiden Persatuan Triatlon Malaysia Tony Tan.

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) menjadi penaja utama Piala Triatlon Asia Kota Kinabalu dan Cabaran KKCity Xmultisport pada 9 hingga 12 November ini.

Menterinya, Datuk Christina Liew berkata, Piala Triatlon Asia Kota Kinabalu akan dianjurkan oleh XMultisport Event.

Katanya, seramai 42 atlet lelaki dan 21 wanita terdiri peserta dari Australia, Indonesia, Jepun, Hong Kong (China), Guam, Filipina, Taiwan, Mesir, Mauritius, Singapura, Brunei dan Malaysia menyertai kejohanan itu.

“Selain itu, terdapat 220 peserta lagi dalam kategori pelbagai peringkat umur dari Brunei, Hong Kong dan Malaysia turut menyertai kejohanan ini.

“Kejohanan ini sudah pasti akan menjadikan Sabah terkenal sebagai penganjur sukan Triatlon di asia dan dapat merancakkan lagi sektor pelancongan negeri ini,” katanya

Beliau berkata demikian ketika menganjurkan majlis makan malam sempena menyambut ketibaan perserta dari 12 negara, di sini pada Jumaat.

Menurutnya, semua rakyat di negeri ini perlu mengambil peluang hadir merasai kehangatan kejohanan berprestij ini.

Sementara itu, Pengarah Piala Triatlon Asia Kota Kinabalu Auther Komon menzahirkan terima kasih kepada semua penaja kerana menjayakan kejohanan ini.

“Saya berharap Piala Triatlon Asia Kota Kinabalu akan dianjurkan pada skala yang lebih besar lagi pada tahun hadapan.

“Semoga dengan penganjuran sukan bertaraf dunia ini akan terus mendapat sokongan daripada pihak KePKAS,” katanya.   

Turut hadir Setiausaha Tetap KePKAS, Datuk Sr Mohd Yusrie Abdulla;, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan (STB) Sabah Julinus Jeffrey Jimit; Presiden Persatuan Triatlon Malaysia Tony Tan dan Pengurus XMultisport Peristiwa Ahmad Syuaib Nasir.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.062332 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list