CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3337|Reply: 0

[Sabah] Cubaan seludup 2,040 kg minyak masak bersubsidi gagal

[Copy link]
Post time 12-11-2023 03:13 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Semua minyak masak paket bersubsidi dirampas untuk siasatan lanjut.

LAHAD DATU: Sebanyak 2,040 kilogram (kg) minyak masak paket bersubsidi dipercayai cuba diseludup ke negara jiran berjaya dirampas di ladang kelapa sawit Takun, Tungku di sini, semalam.

Semua minyak masak berkenaan dirampas oleh anggota Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan berkenaan kira-kira jam 9 malam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pihaknya mengesan sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan bersama sejumlah kotak di kawasan berkenaan.

Katanya, anggota PPM yang bertugas terus menghampiri kumpulan terbabit untuk menjalankan pemeriksaan terhadap barang yang mereka bawa.

“Namun, kumpulan terbabit bertindak melarikan diri dan meninggalkan semua kotak-kotak yang mereka bawa di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan ke atas kotak-kotak yang ditinggalkan menemukan sejumlah 2,040 kg minyak masak paket bersubsidi,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, semua minyak masak paket itu dipercayai cuba diseleweng atau diseludup ke negara jiran oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Rampasan minyak masak yang dianggarkan bernilai RM5,100 itu kemudian di bawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Barang kawalan 1961,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.448981 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list