View: 2426|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Remaja 16 tahun sebabkan 2 kematian dibebaskan dengan jaminan polis
[Copy link]
|
|
LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
Bukit Mertajam: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang memandu kereta milik ibunya sebelum terbabit kemalangan yang menyebabkan dua kematian di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menuju arah Perai, di sini, awal pagi semalam, dibebaskan dengan jaminan polis.
Sebelum itu, Mahkamah Majistret, di sini memerintahkan remaja terbabit direman selama satu hari bagi membolehkan polis melakukan siasatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Tan Cheng San, berkata sebaik selesai merekodkan keterangan, remaja terbabit dibebaskan selepas tahanan reman ke atasnya tamat hari ini.
"Melalui siasatan terhadap remaja itu mendapati dia tidak mempunyai sebarang lesen memandu dan masih bersekolah.
"Ketika kejadian dia yang memandu kereta milik ibunya dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Mertajam selepas bertemu dengan rakannya," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Cheng San berkata, polis kini sedang melengkapkan siasatan termasuk menghantar sampel darah ke Jabatan Kimia Pulau Pinang untuk ujian alkohol dan dadah bagi tindakan selanjutnya.
"Polis juga mengeluarkan saman ke atas ibu remaja terbabit kerana cuai dengan membenarkan anaknya menggunakan kenderaannya tanpa lesen," katanya.
Terdahulu, media melaporkan dua individu dipercayai pasangan tunang maut selepas motosikal dinaiki mereka berdua dilanggar sebuah kereta yang dipandu remaja lelaki terbabit.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, kereta dipandu remaja berkenaan melanggar belakang sebuah lori sebelum kenderaannya hilang kawalan dan merempuh motosikal ditunggangi pasangan tunang berkenaan.
Ekoran impak kemalangan terbabit menyebabkan kedua-dua mangsa yang berasal dari Perak itu mengalami cedera parah dan maut di lokasi kejadian.
Pasangan itu dikatakan baru pulang selepas menikmati juadah nasi kandar di sebuah restoran di Georgetown, dekat sini sebelum terbabit dengan kemalangan tragis berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... engan-jaminan-polis |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|