CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2243|Reply: 0

[Perak] 'Kerajaan kaji cadangan naikkan harga siling beras putih tempatan' - Mohamad Sabu

[Copy link]
Post time 12-11-2023 01:40 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD beramah mesra bersama pengunjung pada jualan beras putih tempatan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPK) 2023 di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, hari ini. FOTO Muhamad Lokman Khairi

Ipoh: Kerajaan perlu mengkaji terlebih dulu cadangan menaikkan harga siling beras putih tempatan (BPT) kepada RM3.20 sekilogram berbanding RM2.60 sekilogram ketika ini sebagaimana diutarakan oleh Badan Kawal Selia Padi dan Beras, semalam.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penelitian terhadap impak kenaikan mesti diambilkira kerana sebarang keputusan akan memberi kesan kepada hampir 300,000 komuniti yang terbabit dalam setiap rantaian iaitu pesawah, pengilang komersial, pemborong dan peruncit.

Oleh sebab itu, jelasnya, perkara itu memerlukan perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

"(Cadangan itu) sedang dibincang sebab harga (RM2.60 setiap satu kg BPT sejak) tahun 2008, jadi ada pihak katakan perlu kaji semula.



"Kena tengoklah sekiranya berlaku, pertama sekali bagaimana bebanan terhadap pesawah, pemborong, pengilang, dan pengguna. Kita (kerajaan) jadi penyeimbang.

"MOF, Kementerian Ekonomi, KPKM dan KPDN akan duduk dan bincang dengan teliti keperluan serta cara pelaksanaannya," katanya kepada pemberita pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPK) 2023 di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood yang mengesyorkan kerajaan menaikkan harga siling BPT kepada RM3.20 sekilogram berbanding RM2.60 sekilogram ketika ini demi menjaga masa depan semua pihak yang terbabit dalam rantaian pengeluaran bahan makanan itu, terutama pesawah.

Mohamad berkata, beliau berpandangan perlu ada penyelesaian 'menang-menang' untuk semua pihak berkepentingan selain memastikan agenda keterjaminan makanan nasional sentiasa diutamakan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ih-tempatan-mohamad
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.061206 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list