CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 932|Reply: 0

[Sabah] Alumni TUBE Sabah raih lebih RM20 juta nilai jualan

[Copy link]
Post time 11-11-2023 08:25 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Ewon (tengah) ketika melawat pameran usahawan SME Corp yang menyertai program itu.

KOTA KINABALU: Sejumlah RM20.65 juta nilai jualan berjaya direkodkan oleh Alumni Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Negeri Sabah, tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata, secara keseluruhan nilai jualan terkumpul peserta TUBE dari seluruh negara adalah sebanyak RM154.38 juta.

Katanya, KUSKOP akan terus komited dalam usaha memperkasakan ekosistem keusahawanan negara sejajar dengan visi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).

“Kita mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan yang unggul dan mampu mencipta pendapatan lebih mampan.

“Tumpuan khusus diberikan kepada golongan belia yang merupakan penyambung warisan dan harapan bangsa supaya terlibat secara serius dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sesi Temu Mesra (Meet & Greet) bersama Alumni TUBE 2023, di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan untuk meneruskan Program TUBE di bawah SME Corp. Malaysia pada Belanjawan MADANI 2024 yang lalu.

“Manakala RM10 juta untuk membiayai Skim TEKUN Belia Mobilepreneur sebagai modal anak muda yang terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal dan platform digital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia Rizal Nainy berkata, sebanyak 7,738 usahawan belia sudah dilatih di bawah TUBE dengan geran perniagaan berjumlah RM103.88 juta sejak ia ditubuhkan.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,444 peserta adalah dari negeri Sabah dan melibatkan penyaluran geran permulaan perniagaan sebanyak RM15.42 juta.

“Sehingga kini, seramai 7,040 peserta TUBE telah mendaftarkan perniagaan masing-masing dan berjaya mewujudkan sebanyak 13,866 peluang pekerjaan Baharu,” katanya.

Terdahulu, dalam majlis berkenaan, Ewon turut menyampaikan replika cek kepada 10 peserta TUBE 9.0 serta melancarkan Program Bumiputera MSMEs Financing Initiative (BMFI).

BMFI adalah program pembiayaan khas kepada Alumni TUBE yang ingin mengembangkan perniagaan dengan pembiayaan maksimum sehingga RM100,000.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.048807 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list