CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 848|Reply: 0

[Sabah] UPKO Libaran sambut baik saranan Ewon

[Copy link]
Post time 11-11-2023 08:21 PM | Show all posts |Read mode


PETER

LIBARAN:  Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Libaran menyambut baik saranan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick yang mahu parti itu menang lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negero (DUN) Sabah pada Pilihan Raya Neger (PRN) 2025.

Ketua Bahagian UPKO Libaran Dr Peter Jr Naintin berkata, kerja-kerja pemantapan parti di akar umbi sedang dipertingkatan di seluruh daerah di Sabah.

Selain itu katanya, program-program yang dirancang oleh Biro Penerangan dan Penyelidikan UPKO akan dijalankan di setiap bahagian mengikut perancangan serta kesesuaian.

"Jelajah Biro Penerangan telah berjaya dianjurkan di kawasan Bengkoka dan Kuamut. Jelajah awal ke akar umbi sudah dimulakan di kawasan Pantai Barat Sabah, terutamanya di kawasan Pitas, Kota Marudu, Limbahau, Membakut, Kimanis dan Labuan.

"Sejak daripada awal penubuhan UPKO, parti ini telah membuka banyak ruang dan peluang kepada seluruh Rakyat Sabah yang ingin berjuang dalam arena politik, terutamanya belia tempatan untuk bersama-sama mempertahankan dan memperjuangkan Perjanjian Malaysia (MA63)," katanya.

Katanya, Ewon juga menegaskan bahawa keputusan pemilihan kerusi yang ditandingi tidak harus berasaskan kepada keinginan untuk bertanding semata-mata, namun berdasarkan kepada asas kepimpinan yang kuat di kawasan itu.

"Saya yakin bahawa satu hari nanti, UPKO akan mempunyai wakil rakyat di setiap daerah yang akan fokus, berani dan ikhlas dalam menerajui perjuangan rakyat di wilayah ini.

"Semua ini akan berlaku apabila generasi belia kita mula sedar bahawa merekalah sebenarnya yang boleh menentukan masa depan Sabah yang lebih baik.

"Dengan kerjasama yang lebih progresif di antara pemimpin muda dan veteran kita yang berpengalaman...saya percaya kepimpinan UPKO akan sentiasa subur, berwibawa serta mampu membawa perkhidmatan nilai tambah kepada rakyat," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.370728 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list