CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 814|Reply: 0

[Sabah] SMK St Patrick lantik Duta Sahsiah bendung masalah disiplin pelajar

[Copy link]
Post time 11-11-2023 08:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 11-11-2023 12:17 PM



KENANGAN: Richard bergambar kenangan bersama dif-dif kehormat dan semua Duta Sahsiah.
MEMBAKUT: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick mengambil inisiatif melancarkan dan melantik Duta Sahsiah bagi membendung masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

Pengetuanya, Richard David berkata, inisiatif itu mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

Katanya, ia bertujuan untuk membantu mencegah salah laku disiplin daripada terlibat dengan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang di negara ini.

“Kita juga mahu memantapkan kerjasama dengan agensi kerajaan terutamanya PDRM dan KPM supaya masalah disiplin dalam kalangan pelajar dapat dikurangkan.

“Melalui Duta Sahsiah ini juga dapat memberikan garis panduan terutamanya salah laku seksual dan buli di institusi pendidikan KPM,” katanya.


SIJIL: Richard menyampaikan sijil kepada seorang pelajar yang dilantik sebagai Duta Sahsiah.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan dalam majlis pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah, Peringkat Sekolah, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, progarm ini memberi penerangan lebih jelas mengenai hala tuju sahsiah di peringkat sekolah dan melantik pelajar sebagai Duta Sahsiah.

Beliau menzahirkan terima kasih kerana program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran seramai kira-kira 400 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 5.

“Seramai 25 orang pelajar berjaya terpilih sebagai Duta Sahsiah pada program kali ini, sekali gus menerima sijil berkenaan,” katanya.


HADIR: Sebahagian tetamu kehormat yang hadir dalam majlis pelancaran berkenaan.

Terdahulu, Pegawai dari Balai Polis Beaufort, Inspektor Nurul Atiqah Ahmad turut hadir memberikan ceramah pada program berkenaan.

Nurul Atiqah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Gangguan Seksual’ bagi memberikan pengetahuan kepada semua pelajar yang hadir.

Selain itu, Nurul Atiqah turut membacakan perutusan Ketua Polis Negara sempena majlis pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah, Peringkat Kebangsaan 2023.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.280409 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list