View: 3879|Reply: 43
|
Guru Hilang Dalam Hutan Di Pusat Rekreasi Sedim
[Copy link]
|
|
Kulim: Seorang guru lelaki berusia 38 tahun dipercayai hilang di kawasan hutan di Pusat Rekreasi Sedim, di sini semalam.
Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Rahimi Ali berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mencari mangsa sedang dilakukan di kawasan terbabit.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa pada jam 4.25 petang semalam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech, Pasukan Must Team, unit anjing pengesan (K-9) serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pergi ke lokasi.
"Usaha mencari mangsa, Mohd Hafiz Jasmi yang dilakukan sejak semalam disambung jam 8 pagi hari ini.
"Setakat ini petunjuk yang ditemui di lokasi adalah sebuah kereta Proton Saga yang dipercayai ditinggalkan di kawasan itu.
"Operasi SAR pagi tadi dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon pertama dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) menuju ke Puncak Gunung Bintang sejauh enam kilometer (km) manakala Zon 2 dari PKB ke kawasan bahagian bawah (2 km)," katanya di sini hari ini.
Mohd Rahimi berkata, pencarian di zon tiga pula dilakukan dari PKB melalui laluan trek (2 km) dan operasi diteruskan sehingga mangsa ditemui.
Beliau berkata, operasi SAR turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan renjer hutan.
"Operasi hari ini ditangguhkan jam 5.30 petang tadi berikutan hujan lebat di kawasan itu dan akan disambung semula jam 8 pagi esok," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
hrp cikgu tu dijumpai dgn selamat l |
|
|
|
|
|
|
|
Japp, cikgu ni hiking sorang2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu takut disorok bunian je kawasan situ memangggg |
|
|
|
|
|
|
|
semoga ditemui dlm keadaan selamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Heols tak hadir bertugas since 5/11 ya |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkn urusan dan ditemui dlm keadaan selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 13-11-2023 08:12 AM
Heols tak hadir bertugas since 5/11 ya
Depression kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Apo ke suka masuk hutan sensorg musim2 hujan lak tu...x paham betul ... kan dah hilg |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 13-11-2023 01:36 PM
Depression kah?
Memang dah hilang dari 5hb tu cuols. Hilang masa hiking. Bukak fb tu deras juga air dekat area heols hiking, risau masuk situ je |
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 13-11-2023 08:12 AM
Heols tak hadir bertugas since 5/11 ya
means sebelum tu lagi dah pegi situ? |
|
|
|
|
|
|
|
jiran aku bawak anak dia pegi camping dekat situ, balik siap ada kawan ikut. Lukis2 muka kawan dia. Bila mak dia tegur, ambik lukisan tu terus marah mengamuk. Last2 tarik sawan masuk icu.
Anak baru 8 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku jd tingat kes acap...xjumpa smpai kesudah...... mnusia hilang dlm hutan ni aku speku dibaham rimau je...tp klu rimau pun xde. Dan kesan daging or tulang mnusia pun xde..mmg pelik lah... tu aku lgsg xsuka masuk utan utk explore gua ke... hiking ke... fun run ke... joging sesorang ke...by team ke..camping ke..glamping ke..papa yg lokasi utan.... gua... eii aku xsuka. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga di temui dgn selamat |
|
|
|
|
|
|
|
cranell replied at 13-11-2023 08:48 PM
jiran aku bawak anak dia pegi camping dekat situ, balik siap ada kawan ikut. Lukis2 muka kawan dia. ...
Apa kesudahan anak jiran tu? Dah sihat ke |
|
|
|
|
|
|
|
dalam spital lagi. Doktor cakap ada masalah pemahaman. Dia jadi tak kenal orang keliling. Bila dia balik dari camping tu, suka main sorang-sorang. Sembang sorang-sorang macam ada kawan dekat sebelah dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
meols pun teringat kes acap....samalah meols pun tak suka activity masuk hutan, hiking, camping etc...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|