CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Keunggulan Francissca Peter tercalar?..Ramli MS mahu saman penganjur!

[Copy link]
Post time 19-2-2011 07:51 PM | Show all posts
i rasa fair je kata kegemilangan 33tahun tu. sbb even tho dia hilang, lagu2 dia sentiasa ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2011 11:44 AM | Show all posts
i rasa fair je kata kegemilangan 33tahun tu. sbb even tho dia hilang, lagu2 dia sentiasa ada.
duri_durians Post at 19-2-2011 19:51

kannnnn.. ni single terbaru beliau - Tiada Gementar Lagi : http://www.youtube.com/watch?v=TjUo6hsMDA4
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:52 PM | Show all posts
dulu aku teenager minat sgt kat royston sta maria
hansome sesgt..... masa tu dia menyanyi kat genting
aku pernah jumpa dia masa ikut kakak2 aku jalan2 kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 11:21 PM | Show all posts
minat sgt fran..hrp2 ABP this year dia dpt award Anugerah Khas tuh..
she deserves it..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 11:22 PM | Show all posts
apa lagi dgn rekod sbg pemenang pertama penyanyi wanita popular dan menjadi satu2nya artis bukan melayu yg menang kategori tuh smplaa skang..mampooo?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 11:43 PM | Show all posts
minat sgt fran..hrp2 ABP this year dia dpt award Anugerah Khas tuh..
she deserves it..
scrocth Post at 24-2-2011 11:21 PM


SETUJU SANGATTTT!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2011 11:52 PM | Show all posts
minat sgt fran..hrp2 ABP this year dia dpt award Anugerah Khas tuh..
she deserves it..
scrocth Post at 24-2-2011 15:21


Setuju gakssssssss!!!!! :pompom:


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 09:56 AM | Show all posts

Box set Fran dah mula dijual di kedai2.. boleh dptkan dgn harga RM109.90 je..

Francissca Peter Keunggulan 33 Tahun Boxset Limited Edition
The boxset contains 10 cds which consists 9 cds of Fran's previous albums i.e Komputer Muzik (1984), Aku Hanya Pendatang (1985), Sekadar Di Pinggiran (1986), Kau Bintangku (1987), Harapan (1988), Pasti Kembali (1989),... Now's The Time (1989), Mawar Terpinggir (1992), Setinggi Angkasa (1996) n 1 cd single titled Tiada Gementar Lagi (2011)

Now available in stores across Malaysia for RM109.90 per unit or can order direct from Warner Music using these numbers 03-7721 2688, 03-7761 2602, 03-7721 2629
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2011 10:49 AM | Show all posts
sampai skrg royston tak kawin2
60 tahun dah.....aku ada chance tak
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 12:27 PM | Show all posts
sampai skrg royston tak kawin2
60 tahun dah.....aku ada chance tak
kekbelacan Post at 3-3-2011 10:49



   roy tunggu ahkak ogy
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 04:44 PM | Show all posts
sungguh......masa dia muda hensom sgt
kakak aku mmg tergila2kan dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 05:28 PM | Show all posts
Reply 50# avrilizana


Ahkak Ogy tu semua nak sapu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 05:31 PM | Show all posts
sungguh......masa dia muda hensom sgt  
kakak aku mmg tergila2kan dia

kekbelacan Post at 3-3-2011 16:44








Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 05:37 PM | Show all posts
suara Fran yg senantiasa menusuk jiwa..
curlast...i loike it
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 04:50 PM | Show all posts
suara Fran yg senantiasa menusuk jiwa..
curlast...i loike it
Lana@LaraCroft Post at 3-3-2011 17:37



 lemak merdu gitu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 07:19 PM | Show all posts
Reply 53# avrilizana

huhu...thanks for d picshensom nya dulu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2011 08:18 PM | Show all posts
keunggulan? unggul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 10:47 PM | Show all posts
keunggulan? unggul ke?
cikokui Post at 4-3-2011 20:18

mesti la.. sampai skang lagu2 dia masih sedap didengar. Suara power plak tu, sebutan dlm lagu pun jelas je, padahal dia bukan melayu pun. Dia menyanyi dr aku kecik smpai la skang ni. gila tak unggul?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 11:45 PM | Show all posts
fran penyanyi plg unggul..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2011 08:30 AM | Show all posts
Jumaat Ogos 12, 2011

Ramli MS Mahu Saman Penganjur Konsert Francissca Peter


Oleh FERIDE HIKMET ATAK



                     Datuk Ramli MS            


KUALA LUMPUR: Pengarah muzik, Datuk Ramli MS akan memfailkan tuntutan saman terhadap dua syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan Konsert Keunggulan Francissca Peter kerana gagal melunaskan bayaran penuh kepadanya termasuk pihak pemuzik.

Konsert berkenaan diadakan selama dua hari bermula 5 Februari lalu di Istana Budaya di sini. Ia dianjurkan bersama oleh Eye Design dan juga syarikat penjualan tiket iaitu www.ticket2u.biz.

Ramli berkata, pemuzik yang mengiringi konsert berkenaan hanya mendapat 75 peratus sahaja bayaran manakala upahnya sebagai pemimpin orkestra langsung tidak dibayar.

“Pada hari pertama konsert, pihak penganjur hanya melunaskan bayaran sebanyak 50 peratus sahaja untuk pemuzik-pemuzik saya seramai 45 orang manakala baki 25 peratus lagi telah dilunaskan selepas sepuluh hari. Itu pun apabila peguam saya berhubung dengan pihak ticket2u.biz untuk menuntut bayaran berkenaan,” katanya.

Tambahnya, selepas pembayaran berkenaan dibuat, pihak berkenaan terus mendiamkan diri tanpa membuat pembayaran selanjutnya kepada mereka.

"Pihak penganjur sebelum ini sudah dimaklumkan mengenai cara saya bekerja iaitu mereka perlu membuat pembayaran keseluruhan kepada saya termasuk pemuzik pengiring sebelum konsert berlangsung.

“Malangnya mereka gagal memenuhi syarat itu menyebabkan konsert tersebut lewat 20 minit kerana perbincangan bayaran dengan pihak penganjur terpaksa dilakukan,” katanya.

Ramli menjelaskan, dia terpaksa meneruskan tugasnya memimpin konsert berkenaan apabila pihak penganjur berjanji untuk menyelesaikan bayaran pada hari kedua konsert tetapi mereka sebenarnya tidak melakukan perkara itu.

Katanya, antara alasan yang diberikan oleh kedua-dua pihak ialah mereka tidak mempunyai wang untuk melunaskan baki yang tertunggak.

Ujarnya, masalah yang timbul itu menyebabkan dia diburu oleh pemuzik yang terlibat dalam konsert berkenaan kerana mereka mahu menuntut bayaran masing-masing sehingga menjejaskan reputasinya dalam bidang seni.

"Ini merupakan kejadian pertama yang berlaku sepanjang pembabitan saya menjadi pengarah muzik. Saya merasakan apabila timbul masalah seperti ini, pada masa akan datang sudah tentu pemuzik yang dipanggil bekerja di bawah saya bimbang untuk melakukan kerjasama lagi,” katanya.




Credits: mStar Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.668565 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list