View: 4652|Reply: 37
|
Suami Datang Cekik Leher, Hantuk Kepala, Tumbuk Mata Semasa Isteri Sedang Tunggu Bas
[Copy link]
|
|
KUALA PILAH – Seorang suami dipenjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah memukul isterinya di kaki lima sebuah restoran makanan segera di Pekan Gemencheh, Tampin, Selasa lalu.
Tertuduh, Ismail Ibrahim, 46, yang merupakan seorang peneroka felda membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Saiful Sayoti.
Majistret turut menegaskan tertuduh yang pernah dihukum atas kesalahan yang sama masih lagi tidak insaf serta mengulangi kesalahan dengan mencederakan isteri sendiri.
Foto: Kosmo
“Dalam konteks ini, mahkamah turut mengambil kira kepentingan awam dan tindakan tertuduh mencederakan isteri amat keterlaluan dan tidak sewajarnya berlaku,” katanya.
Berdasarkan pertuduhan, pada 7 November lalu kira-kira pukul 9.10 malam di kaki lima sebuah restoran makanan segera Pekan Gemencheh, tertuduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya berusia 47 tahun
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, pada masa, lokasi dan tarikh yang sama, semasa isteri tertuduh yang merupakan seorang guru sedang menunggu bas untuk pulang ke kampung Terengganu telah didatangi tertuduh dan berlaku pertengkaran.
Semasa bertengkar, tertuduh telah mencekik leher isterinya, menghantuk kepala isterinya beberapa kali ke dinding dan menumbuk pada bahagian mata kanan isterinya.
Kejadian disaksikan saksi awam, pekerja makanan segera dan juga isteri terbaharu tertuduh yang turut merakam kejadian tersebut.
Hasil pemeriksaan awal doktor di Klinik Kesihatan Gemencheh mengesahkan mangsa mengalami kecederaan superficial laceration wound over forehead” dan “soft tidsue injury over right periorbital area and neck.”
Mangsa turut menerima dua jahitan pada bahagian dahi kanan sebagai rawatan.
Terdahulu dalam rayuannya tertuduh memohon hukuman yang ringan kerana menjaga empat orang anak selain mempunyai penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis.- CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Baghalnya
Bini cikgu pulak tu
Kau pegi kawen 2
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiber mcm2 penyakit plk. Time kena rasuk setan tu sihat plk kau kan. X yah bagi alasan jg anak la. Bini kau blh jg anak2 tu. Kau blh ke dalam ye |
|
|
|
|
|
|
|
eleh alasan jaga anak 4... puiiihhh
jantan tersangkak
pendek, complete 3 serangkai
insecure pasal bini kau nak tinggalkan kau ke hanat
seeloknya penjara sekali ngan syed saddiq
boleh beristiqomah berjemaah
|
|
|
|
|
|
|
|
Majistret turut menegaskan tertuduh yang pernah dihukum atas kesalahan yang sama masih lagi tidak insaf serta mengulangi kesalahan dengan mencederakan isteri sendiri.
kenapa masih stay sis
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan pertama kali kna tiaw.
Ntah² yg xrepot pn ada gamaknye.
Syg akk ngn laki.
Takut bgegar arash ka mcm mna kalo tuntut serai? |
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian disaksikan saksi awam, pekerja makanan segera dan juga isteri terbaharu tertuduh yang turut merakam kejadian tersebut
- tak takut ke cik kak kena mcm tu satu har.nnt? |
|
|
|
|
|
|
|
umangai.. osah ee lah..
ekau dah ado bini mudo sibuk dongan bini tuo buek apo..
biawak la tu..
ontah-ontah lamo ni duit bini tuo yang ekau kodaghah..
cilako punyo jantan..
bini mudo ghakam laki sosah bini tuo tu nak nolong ko, nak suko ghio?
bino tuo kalau tak ghoti mintak choghai jugak tak tau la..
osah ekau pun asa belaki yo.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah pernah kena hukum atas kesalahan yg sama pun masih tak insaf? yg si bini pulak, masih nak mengulit si laki yg dh belasah awk?
pegang title janda xpe kak, sekurang-kurangnya masih hidup.
jgn sampai pegang title arwah, nanti ank2 juga yg merana.
apak masuk penjara, mak meninggal. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sedar diri punya peneroka,ni komfem takde pendidikan tinggi.abis kuat pun spm gred 3 aliran sastera agong.cemana la cikgu boleh kawen dgn manusia takde otak ni |
|
|
|
|
|
|
|
dpt bini cikgu pun gigih nikoh lain dah la keje peneroka je (no offend peneroka lain).
yg bini baru tu gigih rekod utk bukti ke apa???
entah2 4org anak tu bini tanggung dan2 jaga anak, xsedo diri mcm2 penyakit ada. dasarrrrrrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah kes mcm laki ini isteri dibolehkan mohon cerai. Mohon penceraian drp mereka yg tau. |
|
|
|
|
|
|
|
apo ko b**i eh ekau ni? Mamp*s lg elok. Cikgu pn mung tunggu menda lg? |
|
|
|
|
|
|
|
Depan orang ramai berani buat macam ni. Dalam rumah, lagi teruk dia belasah bini. Anak2 pun agaknya kena tibai jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
bila nk jatuh hukum tetiba tanggung anak 4 org. ntah2 satu sen pun tk pnah bg duit belanja |
|
|
|
|
|
|
|
Cerai je la kak...dah terang2 dia terus tumbuk ko kan...so nk tggu apa lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|