View: 4224|Reply: 1
|
Faizal Tahir Anjur Acara Dan Jual Barangan Peribadi Demi Hulur Bantuan Kepada Rakyat Palestin
[Copy link]
|
|
Faizal Tahir sanggup menjual barangan peribadi sebagai inisiatif menghulurkan bantuan kepada mangsa keganasan di bumi Palestin.
Tampil menganjurkan acara Faith4Palestine, Faizal, 45, turut mengajak penonton mendalami isu-isu negara berkenaan melalui sesi podcast bersama aktivis Nadir Al-Nuri.
Foto: mStar
"Ini bukan acara hiburan semata-mata. Kami adakah sesi perbincangan terbuka dan juga bidaan barang peribadi saya.
"Acara ini adalah satu usaha untuk membantu rakyat Palestin yang kini sangat memerlukan bantuan dan perhatian. Semoga yang hadir dapat sesuatu berfaedah apabila pulang ke rumah nanti," katanya.
Menerusi acara ini, pengunjung akan diberi pendedahan tentang sejarah Palestin yang bertujuan menerangkan cabaran dihadapi oleh penduduk di sana susulan perang.
Faizal juga menyeru sokongan ramai untuk sama-sama membantu mereka dan sesi terbuka itu akan memberi pendedahan tentang langkah-langkah menyalurkan sumbangan.
Dalam acara yang berlangsung pada 12 November ini, Faizal juga akan menghiburkan pengunjung dengan persembahan akustik bersama artis jemputan, Syamel.
"Muzik adalah satu elemen yang penting dalam kita menyampaikan mesej. Saya sentiasa pastikan setiap lagu yang saya buat membawa maksud yang positif dan dapat memberi sesuatu kepada komuniti," ujarnya.
Tiket dijual pada harga RM99, dengan semua keuntungan dari kutipan akan disalurkan terus kepada tabung bantuan Palestin melalui pertubuhan bukan kerajaan, Cinta Gaza Malaysia. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
| |
|