Usahawan selebriti, Neelofa ingin menamatkan ‘perang dingin’ yang sudah masuk tahun ke-13 dengan aktres dan penyanyi, Fazura.
Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dia yakin isteri kepada pelakon, Fattah Amin juga akan melakukan perkara yang sama.
"Bila saya fikir balik, dah berbelas tahun perkara ini berlaku. Takkan saya nak tunggu berpuluh tahun baru nak lakukan sesuatu.
"Jika saya diberikan peluang dan ruang untuk berdamai dan meletakkan segalanya di belakang, saya akan sambut dengan baik. Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama.
"Jika kedua-dua belah pihak boleh lakukan perkara ini, saya rasa ia akan memberi kesan baik kepada peminat masing-masing. Tiada lagi pihak yang akan mengapi-apikan," katanya.
Tambah pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot, dia dan Fazura sama-sama sudah mempunyai keluarga dan kehidupan sendiri.
"Dua-dua pun nak teruskan hidup, nak buat bisnes dan sebagainya. Kalau asyik diapi-apikan lagi , saya pun dah tak larat nak lalui.
"Kami sebenarnya tiada apa-apa. Saya nampak dia pun tak ada cari pasal atau cakap apa-apa pasal saya. Yang lebih-lebih adalah orang luar yang tak ada kaitan dengan hidup kami," ujarnya.
Dalam pada itu, isteri kepada PU Riz terbuka untuk bertemu secara empat mata dengan ibu kepada Nur Fatima Aisya.
"I would love to meet her," katanya lagi.
Kemelut kedua-dua selebriti popular itu tercetus ketika pembabitan awal Neelofa dalam industri.
Baru-baru ini, seorang individu dipercayai peminat tegar Neelofa didakwa menyindir Fazura dengan mendakwanya membuka tudung dan berhibur di sebuah pusat hiburan di Jakarta, Indonesia.
Sumber: Oh Bulan
|