CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3837|Reply: 0

[Pulau Pinang] Peniaga ayam di Pulau Pinang 'berlumba-lumba' jual murah - KPDN

[Copy link]
Post time 9-11-2023 05:35 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, S Jegan (kanan) meninjau bekalan dan harga jualan ayam segar ketika Pelancaran Harga Maksimum Barangan Harga Terkawal Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali di sini. - Foto DANIAL SAAD

BUKIT MERTAJAM: Penamatan subsidi dan kawalan harga ayam oleh kerajaan menyaksikan peniaga sekitar Pulau Pinang 'berlumba-lumba' menjual bahan makanan itu pada harga rendah berbanding ketika harga siling yang ditetapkan sebelum ini.

Perkara itu didedahkan ketika pasukan pemantau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri itu melakukan pemeriksaan di pasar awam dan pasar raya sejak 1 November lalu.

Pengarah KPDN negeri, S Jegan berkata, pihaknya sehingga kini tidak menerima sebarang aduan sepanjang tempoh harga ayam diapungkan susulan penamatan subsidi berkenaan.

"Bermula 1 November lalu, pasukan pemantau harga turun padang menjalankan pemantauan di pasar awam dan pasar raya di sekitar negeri ini yang kita belum pernah terima apa-apa aduan (berkenaan harga ayam mahal).



"Hasil pemantauan, harga ayam lebih rendah. Kebanyakan pasar raya juga berlumba-lumba merendahkan harga ayam.

"Sebelum ini, harga siling ditetapkan kerajaan adalah RM9.40 sekilogram (kg). Kini, ada yang menjual pada harga RM7.80 kg, kemudian RM7.50 dan ada juga RM6.99 kg. Kita harap, persaingan sihat ini dapat diteruskan sekali gus memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di Pasaraya Econsave Alma, di sini, hari ini.

SHMMP yang dilaksanakan selama tujuh hari bermula 6 November lalu menetapkan lapan jenis barangan yang perlu dijual mengikut harga kawalan.

Antaranya daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil India, bawang merah besar import dan kacang dal.
https://www.bharian.com.my/berit ... mba-jual-murah-kpdn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.050188 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list