CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2277|Reply: 0

[Perak] Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 477 orang

[Copy link]
Post time 9-11-2023 01:15 PM | Show all posts |Read mode

Seramai 477 orang mangsa banjir direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini di daerah Hilir Perak dan Kerian.

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak terus meningkat apabila seramai 477 orang mangsa banjir direkodkan di dua buah daerah di negeri ini setakat pukul 12 tengah hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan, kesemua mangsa banjir berkenaan kini ditempatkan di lima buah pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu tiga di Hilir Perak dan bakinya di Kerian.

“Terdapat 154 orang mangsa melibatkan 43 buah keluarga direkodkan di daerah Kerian, manakala di Hilir Perak pula terdapat 323 orang mangsa (104 keluarga).

“Seramai 163 orang mangsa dari 51 buah keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Padang Tembak di Hilir Perak,” katanya di sini hari ini.

Menurut, sebanyak 147 mangsa dari 47 buah keluarga pula ditempatkan di Dewan MPTI Langkap dan 13 mangsa (enam buah keluarga) di PPS Dewan Serbaguna Chikus di Hilir Perak.

Sementara itu, katanya, 97 orang mangsa dari 24 buah keluarga pula ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak manakala 57 orang mangsa (19 buah keluarga) ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... t-kepada-477-orang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.075242 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list