Besut: Empat orang dipercayai warga Myanmar tertimbus dalam bangunan resort yang dalam proses pembinaan di Pulau Perhentian dekat sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut, Mohamad Jusoh berkata, mereka menerima maklumat berhubung kejadian daripada orang awam, jam 7.34 pagi tadi.
FOTO tular menunjukkan lokasi kejadian.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, empat mangsa dihantar ke Klinik Pulau Perhentian sebelum dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.
"Manakala empat mangsa lagi dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohamad berkata, empat orang anggota bomba dihantar awal ke lokasi, sementara anggota tambahan akan dihantar secara berperingkat.
Sumber: Harian Metro |